SHAH ALAM 14 Sept. – PKR seolah-olah merasakan mereka tidak perlu
menjaga hati sekutunya, Pas apabila memandang mudah polisi untuk tidak
menerima ahli daripada parti lain dalam pakatan pembangkang.
Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan asalkan semua parti dalam pakatan pembangkang mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.
"Tidak apalah. Kita hormat-menghormati antara satu sama lain,"
jawabnya ringkas ketika ditemui dalam majlis peletakan batu asas projek
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC),
di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Besar diminta mengulas kekecewaan Dewan Pemuda Pas berhubung tindakan PKR mengkhianati polisi tidak menerima ahli daripada parti rakan seperti dipersetujui dalam pakatan pembangkang sebelum ini.
Semalam, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberitahu, tindakan berkenaan dilihat bercanggah dengan pendekatan pihaknya selama ini yang tidak menerima ahli-ahli dan wakil rakyat daripada PKR meskipun terdapat segelintir daripada mereka berminat untuk menyertai Pas sebelum ini.
Kelmarin, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Ahli Parlimen Tumpat daripada Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar dan bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyertai parti berkenaan.-Utusan
Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan asalkan semua parti dalam pakatan pembangkang mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.
PEMIMPIN TEGAS DIHURMATI
Beliau yang juga Menteri Besar diminta mengulas kekecewaan Dewan Pemuda Pas berhubung tindakan PKR mengkhianati polisi tidak menerima ahli daripada parti rakan seperti dipersetujui dalam pakatan pembangkang sebelum ini.
Semalam, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberitahu, tindakan berkenaan dilihat bercanggah dengan pendekatan pihaknya selama ini yang tidak menerima ahli-ahli dan wakil rakyat daripada PKR meskipun terdapat segelintir daripada mereka berminat untuk menyertai Pas sebelum ini.
Kelmarin, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Ahli Parlimen Tumpat daripada Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar dan bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyertai parti berkenaan.-Utusan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.