Tuesday, September 15, 2015

Pesaka kata TIDAK bertanggungjawab jika peserta himpunan ‘baju merah’ buat kecoh


Pesaka kata TIDAK bertanggungjawab jika peserta himpunan ‘baju merah’ buat kecohSusulan daripada kelulusan kebenaran permit Himpunan Rakyat Bersatu, atau "himpunan baju merah", penganjur Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) bertegas tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kekecohan dan provakasi daripada peserta.

Presiden Pesaka Tan Sri Ali Rustam berkata, sebagai penganjur mereka menyeru untuk pesertanya menyertai perhimpunan tersebut dengan aman tanpa mencetuskan sebarang provokasi atau kekecohan.

Katanya Pesaka juga tidak menggalakkan pesertanya untuk menghina mana-mana pemimpin pembangkang dengan membakar patung atau memijak gambar sepertimana yang dilakukan peserta Bersih 4.

"Siapa yang melanggar (undang-undang) dialah yang bertanggungjawab sendiri. Kita penganjur hanya akan (menguruskan) perhimpunan di Padang Merbok.

"Dan saya tidak fikir peserta perhimpunan kami akan membakar mana-mana patung, siapa yang bakar dia yang tanggung sendiri, saya tidak suruh... penganjur tidak suruh. Kita berhimpun untuk melahirkan perasaan dan jiwa kita yang tidak pernah bersetuju mereka melakukan demonstrasi.

"Dulu kita tak nak buat, tapi sekarang kita tidak tahan, di dunia ini ramai orang baik, ini tanggungjawab kita kepada masyarakat awam," katanya pada sidang media di Dewan Silat Lincah Omardin di Taman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor hari ini.

Bagaimanapun kenyataan bekas ketua menteri Melaka itu dilihat bercanggah dengan syarat kelulusan notis pemberitahuan Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu penganjur perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kekecohan.-TMI


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.