Sunday, September 13, 2015

Pembunuhan Altantuya 'TERLALU ANEH' untuk diendahkan, kata wartawan Al-Jazeera


Pembunuhan Altantuya 'TERLALU ANEH' untuk diendahkan, kata wartawan Al-JazeeraPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpaksa berdepan dengan kontroversi sedekad lamanya apabila satu dokumentari siasatan tentang pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu menggali semula semua kaitan dengannya, mangsa dan lelaki yang disabitkan bersalah.

Dalam program 25 minit itu, wartawan Mary Ann Jolley membawa penonton ke dalam kontroversi yang dahulunya hangat dan saga Altantuya yang penuh dengan elemen seks, skandal kewangan, keganasan dan konspirasi.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006, dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan tentera.
Siasatan mendapati Altantuya dan Razak Baginda mengadakan hubungan sulit sebelum pembunuhan berlaku. – Gambar dari dokumentari Murder in Malaysia, 12 September, 2015.Siasatan mendapati Altantuya dan Razak Baginda mengadakan hubungan sulit sebelum pembunuhan berlaku. – Gambar dari dokumentari Murder in Malaysia, 12 September, 2015.

Siasatan kemudiannya mendedahkan bekas penterjemah itu terlibat dalam hubungan sulit dengan penasihat politik Najib, iaitu Abdul Razak Baginda.

Razak didakwa bersubahat membunuh, tetapi kemudiannya didapati tidak bersalah.

Dokumentari Al-Jazeera menimbulkan persoalan sama ada dua lelaki disabitkan bersalah atas pembunuhannya – Sirul Azhar Umar and Azilah Hadri – merupakan “kambing hitam” untuk yang lain, memetik teks mesej dihantar Sirul - menunjukkan seolah-olah terdapat penyembunyian daripada pihak atasan.

Jolley, seorang warga Australia berkata, pasukannya mengambil masa beberapa bulan untuk menyiasat dan kerja-kerja latar belakang untuk menghasilkan video tersebut yang disiarkan pada awal pagi Jumaat.

oo

"Saya mulanya berminat dengan berita ini apabila Sirul ditahan Interpol di Australia," kata Jolley dalam sebuah temuramah emel bersama The Malaysian Insider lewat malam semalam.

"Bagi saya, kelihatan begitu aneh apabila seseorang yang didakwa membunuh – satu kesalahan besar, dapat melarikan diri dari negara, lebih-lebih lagi ke negara di mana ia menyalahi undang-undang untuk mengekstradisi seseorang yang menghadapi hukuman mati," katanya.

"Apabila sabit kesalahannya dirayu pihak pendakwa, mengapa dia tidak ditahan polis ataupun sekurang-kurangnya dibatalkan pasportnya?

"Kemudian, tentunya, kerana tiada motif yang diperkenalkan dan pada pengakhiran pendengaran kes, Sirul menangis dan merayu hakim supaya jangan menghukumnya sampai mati, mengatakan dirinya 'kambing hitam' yang dikorbankan untuk melindungi orang lain.
"Ini membuatkan saya mahu menyiasat dengan lebih dalam lagi," katanya.

Jolley dihantar pulang pihak berkuasa Malaysia pada 14 Jun walaupun tidak didakwa di bawah apa-apa jenayah dan tidak diberikan alasan bagi penghantaran pulangnya.

"Saya diberitahu saya tidak melanggar apa-apa undang-undang, tetapi saya termasuk dalam senarai yang 'tidak baik'", katanya.

"Saya pernah melaporkan berita-berita dari rejim yang sering dikatakan paling menindas – Korea Utara, Zimbabwe, Arab Saudi dan Libya Gaddafi, dan tidak pernah dihantar pulang dari kerja saya sebagai wartawan sebelum ini."

Di bawah adalah sebahagian daripada temuramah penuh Jolley bersama TMI:

TMI: Berapa lama masa yang anda ambil untuk menyiapkan dokumentari ini? Bilakah anda bermula?

MAJ: Siasatan kami mengambil masa beberapa bulan dalam tahun ini.

TMI: Apa yang membuatkan anda berminat mengejar cerita ini, setelah 10 tahun berlalu selepas kematiannya?

MAJ: Saya mula berminat mengejar cerita ini apabila Sirul ditahan Interpol di Australia. Begitu aneh yang seseorang yang didakwa membunuh – satu kesalahan besar, dapat lari dari negara, lebih-lebih lagi ke negara di mana ia menyalahi undang-undang untuk mengekstradisi seseorang yang berhadapan hukuman mati.

Apabila sabit kesalahannya dirayu pihak pendakwaraya, mengapa dia tidak ditahan ataupun sekurang-kurangnya dibatakan pasportnya?

Kemudian tentunya kerana tiada motif yang ditimbulkan dan pada pengakhiran pendengaran kes, Sirul menangis dan merayu hakim supaya jangan menghukumnya sampai mati, mengatakan dirinya 'kambing hitam yang dikorbankan untuk melindungi orang lain', membuatkan saya ingin menyiasat dengan lebih mendalam lagi.

TMI: Berkenaan dakwaan dari kenalan Sirul di Australia, apakah respons anda terhadap kritikan pihak tertentu yang mengatakan ia hanya khabar angin?

MAJ: Ia merupakan kenyataan kenalan Sirul tentang yang dikatakan Sirul kepadanya dan ini dinyatakan dalam cerita dengan jelas. Saya pernah menghubungi kenalan tersebut dalam beberapa bulan dan kenyataannya tidak pernah berubah. Penting untuk melihat yang Razak Baginda disabitkan tidak bersalah tanpa menampilkan pembelaan, beliau enggan terlibat dalam program dan beliau tidak menafikan kenyataan kenalan Sirul apabila kami ajukan kepadanya.

TMI: Mengapakah anda rasa anda diharamkan memasuki Malaysia? Adakah pegawai kastam yang mengiringi anda keluar mengatakan apa-apa?

MAJ: Saya diberitahu saya tidak melanggar apa-apa undang-undang, tetapi saya termasuk dalam senarai yang 'tidak baik'.
Beberapa pegawai imigresen berkata kepada saya yang penghantaran pulang saya tidak dijangka dan beberapa kali memohon maaf bagi tindakan kerajaan mereka.

Saya pernah melaporkan cerita dari rejim yang sering dikatakan paling menindas – Korea Utara, Zimbabwe, Arab Saudi dan Libya Gaddafi, dan tidak pernah dihantar pulang dari kerja saya sebagai wartawan sebelum ini. – TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.