Kisah 2 Orang Nakhoda, satu Bangang, satu Tolol SATURDAY, SEPTEMBER 05, 2015 Ini adalah kisah dua orang Nakhoda Bahtera yang masing-masing sedang dilambung ombak .....
Seorang bergelar Nakhoda Bangang, mengambil sempena perkataan yg gemar diungkapnya. Seorang lagi bergelar Nakhoda Tolol, juga mengambil sempena perkataan yg gemar diungkapnya.
Rupa-rupanya Nakhoda Bangang dan Nakhoda Tolol sememangnya sehati dan sejiwa. Patutlah mereka saling puji memuji antara mereka. Malah hobi mereka juga sama - suka menggelar orang dengan kata-kata yang kesat dan biadab!
Nakhoda Bangang Ramai yang berasa keciwa bila Nakhoda Bangang ini menggelar kaum Melayu “bangsat” jika Umno hilang kuasa. Umno yang dikatakan satu-satunya bahtera untuk membawa bangsa Melayu berlayar dalam lautan yang bergelora ini dibayangkan akan karam.
Bahtera Umno hanya akan selamat jika terus dibawah kemudi Nakhoda Bangang! Lalu berkatalah Nakhoda Bangang ini kepada anak-anak kapalnya -
"Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan Kata-kata tersebut menjadi viral dan mengundang pelbagai reaksi mengecamnya. Hinggakan seorang bekas ketua pengarang Kumpulan News Strait Times Sdn.Bhd,
A Kadir Jasin dalam entri diblognya menempelak dan menggelarnya sebagai 'Nakhoda Fenin'!
Nakhoda Tolol Secara kebetulan, ada lagi seorang Nakhoda bahtera yang lebih 'fenin' dari yang sibangang ini. Orang ini jenis yang gemar membawa bahteranya berbalik haluan hingga menyebabkan ada anak kapal yang bila membantah arahannya dimaki hamun dengan kata-kata nista 'broker' dan 'barua'
"Tidak boleh ada dua nakhoda dalam satu kapal!" amuknya apabila kedudukannya terancam. Tugas seorang Nahkoda Kapal adalah diatur oleh peraturan dan perundang-undangan tertentu.Tapi Nakhoda ini hanya menganggap dia saja yang betul. Dia buat u-turn ketika masa laut bergelora ikut sesuka mahunya!
Anak kapal di anjungan berantakan sesama sendiri sebab arahan Nakoda Tolol ini yang sering flip-flop! Hinggakan sebahagian anak kapal yang setia kepadanya mencerca dan melabel pelbagai penghinaan sesama rakan sendiri malah sanggup mentakfir. Kesemua kekalutan yang berlaku diatas adalah tanggung jawab Nakhoda.
Kalau tindakan Nakhoda lemah dan gagal hingga membahayakan keadaan bahtera, maka perlulah ditukar Nakhodanya. Apabila gagal untuk menukar Nakhoda Tolol, maka jalan yang terbaik adalah berpindah ke bahtera yang lain....Lagi pula dia pernah berkata: "Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yg sama. PKR bahtera lain,
DAP bahtera lain, kena faham. Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini. PasMa ni ibarat mereka yg menebok kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi.
Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putra Jaya pergilah ke bahtera UMNO. sumber Mengulas kenyataan diatas,
jelas yang Nakhoda Tolol ini lupa bahawa kesemua bahtera PKR, DAP dan PAS belayar menuju destinasi sebagai satu kelompok armada dalam gabungan tahaluf siyasi.
Nakhoda Tolol menganggap bahtera PAS itu seolah-olah miliknya sendiri dan dengan sombong dan bongkak, menghambat keluar anak kapal yang sering bertelagah pandangan dengannya. Anak kapal menyertai sebuah NGO PasMa pun dituduh mahu bocor dan merosakan bahtera...
Kini akhirnya, maka ramailah anak-anak kapalnya telah keluar untuk menyertai bahtera lain yang baru ...
Apakah anak kapal dan penumpang yang berasa tidak selamat itu terlalu bangang (tumpang kata-kata .....), atau tolol (tumpang istilah ....), untuk tidak mahu memilih bahtera yang lain dan baru?
Dua Nakhoda ini beranggapan bahtera mereka selamat ditumpangi, waima bahtera masing-masing diamuk ombak menyebabkan ramai anak kapal dan penumpang berasa tidak selamat untuk terus berada didalamnya lalu berantakan.
Dua Nakhoda ini sepatutnya mengakui bahawa mereka berhadapan dengan imej sebagai nakhoda yang buruk. Tidak hairanlah kenapa ada yang berani memijak gambar mereka berdua.... -
Posted by mountdweller
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.