Sidang media Ketua Polis Negara hari ini di sini bertukar ‘sedikit
tegang’ apabila Tan Sri Khalid Abu Bakar bertikam lidah dengan seorang
wartawan Al-Jazeera berhubung penyiaran dokumentari eksklusif baru-baru
ini mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Keadaan bermula apabila Khalid
ditanya mengenai dokumentari tersebut dan tindakan yang bakal dikenakan
ke atas wartawan yang menghasilkan dokumentari itu.
Khalid berkata, dokumentari itu dihasilkan bukan atas fakta sebenar dan hanya berdasarkan dengar cakap sahaja.
"Kami akan menyiasat wartawan Al
Jazeera," katanya sebelum bertanya jika terdapat wakil wartawan dari
agensi antarabangsa itu yang hadir pada sidang media itu.
Seorang wartawan telah
memperkenalkan diri dari Al Jazeera dan Khalid menegurnya bahawa
dokumentari berdasarkan penilaian sendiri boleh mengelirukan orang
ramai.
"Rakan anda cuba mewujudkan bukti
baru dalam kes itu. Apa yang dia cuba lakukan?" katanya kepada wartawan
dikenali Florence Looi itu yang cuba mempertahankan rakan sekerjanya
sambil berkata mereka tidak mempunyai agenda tersembunyi dalam
penghasilan dokumentari video yang disiarkan pada Rabu lalu.
"Kami tidak mempunyai apa-apa agenda
tersembunyi dan video itu dihasilkan berdasar apa yang rakannya telah
bongkar melalui orang yang ditemuinya," jawab Florence.
Khalid kemudian mengulangi kenyataan
bahawa video itu berdasarkan dengar cakap namun Florence tetap
mempertahankan lagi bahawa laporan yang dibuat tanpa sebarang motif
tersembunyi.
"Ini bukan etika kewartawanan yang baik. Rakan anda cuba untuk mengelirukan rakyat. Polis akan siasat wartawan Al Jazeera," kata Khalid tegas.
Adegan bertikam lidah itu
berlangsung selama kira-kira satu minit dan hanya berakhir selepas
Khalid mengulangi bahawa Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan
dalam kes Altantuya.
"Kes ini sudah selesai hingga
Mahkamah Persekutuan dan kenapa video tidak dihasilkan sebelum ini.
Rakan anda cuba mewujudkan bukti baru,?" katanya serius.
Khalid memberitahu, polis telah
mengenal pasti beberapa individu yang didakwa memberikan maklumat kepada
Jolley dan memberi amaran bahawa polis sedang memantau mereka.
"Kami tahu siapa mereka telah memberi maklumat beliau dan kami sedang memantau," katanya.
Bagaimanapun, selepas sidang media
itu selesai, Khalid sempat menemui wartawan Al Jazeera itu yang masih
cuba menerangkan sesuatu sebelum mereka bersalaman.
Pada Rabu lalu, dalam program
berduarasi selama 25 minit, wartawan Australia, Mary Ann Jolley
memaparkan kisah kontroversi Altantuya,. seorang warganegara Mongolia yang telah dibunuh pada Oktober 2006 dengan badannya diletupkan dengan bahan letupan tentera, C4
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.