Sunday, September 13, 2015

IGP arah buru Ketua Pemuda Gerakan kerana gelar beliau "Anjing" suarakami



Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis menyiasat pengguna Twitter yang menggelarnya "anjing" dan menurut perintah perdana menteri.
Ketua polis negara itu juga mengarahkan tindakan sewajarnya diambil terhadap pemilik akaun berkenaan.
Dipercayai akaun itu dipunyai seseorang yang menyamar sebagai Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.
Namun, akaun sebenar Tan ialah @tankengliang, manakala akaun yang disiasat polis itu ialah @tankenglaing.
Sebelum ini Tan memang dikenali sebagai antara pemilik akaun Twitter yang aktif membuat kenyataan dan kadang-kadang dipersendakan.
Khalid ketika membuat arahan itu - juga melalui Twitter - berkata: "PCRIC @PDRMsia sila kesan twit handle dibawah dan ambil tindakan sewajarnya."


PCRIC yang disebut Khalid itu merujuk kepada Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis.
Beliau turut menyiarkan semula pos pengguna yang memperkenalkan dirinya sebagai Tan Keng Liang itu.
Pos berkenaan sebenarnya dibuat pemilik akaun itu untuk mengulas kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Semalam stesen Al Jazeera menyiarkan dokumentari mengenai pembunuhan Altantuya dan mengaitkannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib sentiasa menafikan terbabit dalam pembunuhan itu atau pernah bertemu dengan wanita Mongolia berkenaan.
Sementara itu semakan menunjukkan arahan Khalid itu tidak menggerunkan pemilik akaun berkenaan.
Sebagai reaksi kepada tweet Khalid, dia membalas: "... Anjing2 kurap Umno, Jiilat, jgn tak jilat.."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.