Wednesday, September 2, 2015

Dr Mahathir berani kerana Anwar di penjara


Meskipun kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu bersama isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali dialu-alukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ramai melihat keberanian Dr Mahathir hanya apabila Anwar di penjara.

Sebelum ini beliau juga berani menziarahi allahyarham Pak Brahim, ayahanda Anwar di kediamannya ketika Anwar masih belum sampai untuk menziarahi ayahnya.

Dr Mahathir yang satu ketika dulu turut mengundang kemarahan rakyat atas tindakannya menyingkirkan Anwar sebagai timbalannya dengan tuduhan liwat, hari ini dilihat bijak menggunakan peluang mengaburi mata rakyat Malaysia dengan mengambil tindakan seolah-olah bersih daripada sebarang penyalahgunaan kuasa.

Dr Mahathir berani kerana Anwar di penjara Laungan reformasi yang mendorong penyokong Anwar turun ke jalan raya memenuhi ibu kota, menyaksikan ramai aktivis di“ISA”kan Dr Mahathir. 

Dengan kekuasaan penuh yang ada pada Dr Mahathir dan jaringan media sosial yang masih belum berkembang pada waktu itu, beliau berjaya menangani kebangkitan rakyat menggunakan undang-undang, menghumban sesiapa saja yang dirasakan ancaman kepadanya ke penjara.

Dr Mahathir hanya berani kerana Anwar di penjara. Sekiranya Bersih 4 berlangsung dengan kehadiran Anwar, ramai percaya Dr Mahathir hanya akan mengintai dari jauh dan mungkin mengambil sikap sebaliknya terhadap perhimpunan ini.

Dr Mahathir bijak menguruskan musuh. Caturannya cukup luar biasa. Sehinggakan ramai pemimpin yang dulunya bermati-matian menghentam beliau, tiba-tiba bersikap lunak terhadapnya sehinggakan ada yang mahu menyarankan supaya idea Dr Mahathir dibincangkan semua ahli politik untuk dilaksanakan dan ada juga yang mahu menubuhkan 

Majlis Perundingan Negara dengan beliau sebagai mursyidul. Mungkin inilah kesan “rejim hybrid” yang diamalkan Dr Mahathir dalam sebuah artikel yang ditulis Faisal Tehrani.

rr

Kebijaksanaan politik yang diamalkan Dr Mahathir sungguh membingungkan ramai pemerhati. Beliau berjaya mewujudkan aruhan dalam minda rakyat. 

Mereka yang membenci Najib dikatakan menyokong Dr Mahathir. Mereka yang membenci Dr Mahathir dikatakan menyokong Najib. 

Walhal hakikatnya ramai yang membenci kedua-duanya kerana mereka merosakkan negara dengan pelbagai skandal dan penyelewengan. 

Cuma besar kecilnya penyelewengan dan kerosakan yang dilakukan membezakan mereka.

Rakyat harus sedar dan diberi maklumat sewajarnya pemimpin Barisan Nasional (BN) kini tidak boleh diberi harapan lagi. D Mahathir merosakkan sistem dalam negara sejak dulu lagi. 

Lalu dihumbankan kerosakan yang dilakukannya kepada pemimpin yang ada sekarang.

Pemimpin yang ada pula dinaikkan hasil tangan Dr Mahathir dan tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan pembaharuan terhadap kerosakan yang diwarisi malah menambah kerosakan tersebut. Inilah kesan yang terpaksa dihadapi rakyat pada ketika ini.

Kerosakan yang dilakukan Dr Mahathir juga harus dibongkar supaya pengundi tahu apa yang berlaku pada hari ini kesan tangan Dr Mahathir. Bukan sejak 1MDB ditubuhkan. Bukan sejak Sarawak Report melaporkan isu RM2.6 bilion. Ia sudah lama rosak.

BN harus ditumbangkan. Pemimpin yang benar-benar bersih harus diangkat untuk mentadbir negara. Pada ketika itu, kita lihat, adakah Dr Mahathir benar-benar berani berdepan dengan Anwar di luar penjara. – TMI

 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.