Polis antirusuhan FRU petang ini menggunakan meriam air untuk menyuraikan peserta Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara hari ini.
Tindakan itu diambil kira-kira jam 5 petang setelah terdapat peserta enggan berganjak daripada Jalan Petaling.
Sebelum ini terdapat peserta membaling pasukan FRU dengan botol plastik.
Trak meriam air itu datang daripada arah Jalan Tun Tan Cheng Lock selepas peserta mula membuat provokasi kepada polis, termasuk ada memanggil mereka “barua Cina”.
Perhimpunan hari ini dianjurkan sebagai reaksi terhadap perhimpunan BERSIH hujung bulan lalu yang dikaitkan pemimpin dan media prokerajaan dengan dominasi Cina dan DAP.
Berdasarkan kain rentang dan poster dipamer, ia dipamerkan sebagai perhimpunan Melayu untuk menyatakan bantahan terhadap orang DAP.
Selain meraih sokongan pada kerajaan dan perdana menteri, terdapat juga bahan pameran mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kumpulan berbaju merah itu berkumpul di beberapa tempat ke ibu kota sebelum berarak dan berkumpul di Padang Merbok.
Mahathir sebelum ini hadir dalam perhimpunan BERSIH 4 bagi menuntut Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Perhimpunan hari ini dihadiri beberapa pemimpin Umno.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.