Selepas pelancaran gilang gemilang semalam, kini Parti Amanah Negara
(Amanah) berdepan dengan masalah baru apabila logonya didakwa menyamai
logo stesen TV di India.
Serangan tentang logo Amanah menyamai Imayan TV kini mula memenuhi laman
sosial khasnya Facebook dan dibincangkan dengan hangat dalam kumpulan
WhatsApp.
Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir berkata soal menyamai logo tidak
berbangkit langsung kerana ia dicipta sendiri kumpulan pereka bentuk
logo parti itu.
"Kami menerima pelbagai cadangan logo kami. Ada yang cadang pokok,
payung dan sebagainya. Akhirnya kami cadang ia huruf 'A' yang menjadi
pangkal kepada nama Amanah.
"Dari situ, beberapa rekaan logo dibentangkan kepada jawatankuasa pusat
dan kami pilih logo ini," kata Anuar kepada The Malaysian Insider ketika
dihubungi.
Anuar berkata, logo itu tidak ada implikasi undang-undang kerana ia
hanya dilihat seiras dengan logo pada sebuah stesen TV di India.
"Saya yakin tidak ada implikasi undang-undang kerana daripada segi
warnanya tidak sama, geografinya tidak sama, satu di Malaysia dan satu
lagi di India, bahkan industri juga tidak sama, sana stesen TV, kami
parti politik.
ADDIN
Pakatan 2.0: Lengkaplah
Kebodohan PAS
Posted on Thursday, September 17 @ 10:35:21 MYT by paktam
Oleh ramziredang
"Dunia sedang memerhati. Mungkin ketua ulama duniapun sedang memerhati.
Seluruh rakyat malaysia sedang ingin menahan ketawa. Pakatan 2.0 bakal
menjadi jerat dua hala untuk PAS. Jika PAS tidak sertai Pakatan 2.0
bermakna PAS bodoh. Tetapi jika PAS sertai, PAS lagi bodoh.
Sekarang cakap cakap pemimpin siku dan lutut PAS pun dah nampak ala ala
bodoh. Sedangkan orang mukmin tidak bodoh
Masa rakyat berhimpun bersih PAS taknak amik bahagian, sebab itu la
sebab ini la sebab sianu la sebab siani la sebab buat disinun la sebab
buat disini la...macam macam. Tetapi tak lama lagi nak buat jugak kat
kota bharu, nak berhimpun dan nak jemput semua orang yang dia tak hadir
masa dia dijemput itu hari.
Bab PR 2.0 Ketua panglima siku dan lutut, sekarang dia sebagai ketua
penerangan so kira kira dia nak terang la sikit,katanya dia taknak
terburu buru sertai gabungan pembangkang baru Pakatan 2.0 Banyak
strategi yang nak kena fikir. Mungkin dia nak fikir macamana cara
strategi nak jalankan hudud melalui vellfirenya.
Atau mungkin aku dah salah faham, mungkin hudud telah dapat dijalankan
sekarang. Kerana itulah dia sekarang dah boleh bersama sama dengan
penentang hudud dalam PR 2.0 Dia mungkin dah hafal surah lain yang nak
digunakan nanti supaya boleh je bersama para penentang hudud, syurga kan
dia punya sebab tu boleh main tukar tukar ayat je.
Alah apa susahnyaaa, kita gabunglah dulu. Supaya pembangkang kuat. Bila
dah kuat nanti apa nak susah, suruh la dewan ulama usulkan supaya
berpecah. Senang jer.
Dia juga sudah boleh bersama sama dengan pengkhianat parti(yang
sebenarnya pengkhianat Islam pada dia). Pengkhianata pengkhianat ini
telah dibersihkan dari parti, jadi kalau bergabung sekarang dia tetap
bersih dan tak kotor lagi. Dia pun dah beli kelambu sebab tu sekarang
boleh je berkawan dengan nyamuk.
Dalam duk dengar penerangan siku dan lutut, terdengar pulak aku bunyi
halus halus je. Ingatkan bunyi kentut rupanya bunyi ngauman cakar
harimau. Garangnya mengalahkan bunyi kentut je. Cakar harimau cakap PAS
masih memerlukan gabungan pembangkang. Ades meleleh hingus betul bunyi
ngauman macam tu. Itu hari macam garang je..siap baca amanat arwah ayah
lagi...haha. Kejab je dah nak langgar amanat arwah ayah. Hudud belum
terlaksana oiiii...napa nak langgar cakar sendiri? dah takda tempat ke
nak cakar sampai depan orang di cakar diri sendiri?malu orang tengok
oiii.
Kalau nak citer banyakkk lagi bleh citer, tapi simpan lah sikit
kebodohan diorang supaya generasi akan datang mengerti dan mengenang
sejarah politik yang paling bodoh terpahat dalam sejarah negara.
Aku cuma nak bagi amaran je, kalau tak gabung PR 2.0 memang bodoh sebab
kamu dah kena sembelih dek UMNO.
Tetapi kalau bergabung dalam PR 2.0, itulah bodoh yang paling bodoh di
kalangan bodoh bodoh sedunia. Tak pasal pasal kamu kena bahagi kerusi
bertanding nanti jadi pecah empat dengan AMANAH pulak. Oleh kerana kamu
tidak amanah, tiba tiba orang lain dapat AMANAH. Habis tu kerusi deme
makin banyak ke makin sikit bila gabung?
Dan bila gabung, secara tersohor seantaro dunianya kamu telah mengitiraf
dan mengangkat martabat AMANAH(gerombolan orang orang yang engkau
hinakan dengan berbagai panggilan hina) Kamu tak rasa ke kalau kamu
muliakan balik orang yang kamu hina,nanti kamu pulak yang nampak hina??
Surah al imran
[3:26]
Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan
kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan
dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau
kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.Di tangan
Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala
sesuatu.
"
Posted by mountdweller
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.