Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru parti pembangkang
termasuk NGO supaya mengetepikan perbezaan bagi mewujudkan muafakat
politik baru demi membawa perubahan kepada negara.
Menurutnya lagi, usaha rundingan meja bulat sebagai langkah untuk
menyelamatkan Malaysia dengan menggembleng tenaga semua pihak yang
komited kepada reformasi, keadilan dan kedaulatan undang-undang.
"Walau saya di penjara, saya tetap dapat merasai kerisauan dan
kebimbangan rakyat terhadap isu ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang
ringgit, penggunaan retorik perkauman yang semakin meningkat dan skandal
1MDB yang tidak berkesudahan.
"Dalam keadaan genting ini, kita perlu mengetepikan perbezaan dan maju
ke hadapan untuk membentuk alternatif yang berdaya maju, adil dan
demokratik berbanding kerajaan sedia ada," katanya dalam satu kenyataan
hari ini.
Persidangan meja bulat akan diadakan esok di Hotel Empire, Subang Jaya bermula jam 10 pagi.
Sebelum ini dilaporkan PAS masih bertahaluf dengan PKR dalam pakatan
pembangkang tetapi tidak dengan DAP dan AMANAH. Mereka juga tidak akan
menjalinkan kerjasama politik dengan pihak yang melakukan khianat.
Semalam Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih berharap
selepas PAS menolak untuk menghadiri perbincangan meja bulat bagi
membentuk gabungan politik pembangkang yang baru esok.
Sementara itu, Dr Wan Azizah hari ini mengadakan pertemuan tertutup
dengan wakil DAP bagi membincangkan beberapa perkara penting termasuk
hala tuju perjuangan berasaskan prinsip yang dipersetujui bersama.
Tiga wakil itu ialah tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang, MP Seputeh Teresa Kok serta MP Kluang Liew Chin Tong
"Kami turut membincangkan mengenai rundingan meja bulat ke arah
pembentukan pakatan pembangkang baru yang bakal diadakan pada hari esok.
"Rundingan ini akan dihadiri oleh pimpinan parti pembangkang utama,
pimpinan NGO serta tokoh-tokoh lain,” kata Dr Wan Azizah dalam kenyataan
yang dikeluar pejabat presiden.
Dr Wan Azizah juga berharap runding meja bulat esok mampu membina
muafakat politik baru yang lebih kuat sejajar dengan harapan rakyat yang
mengimpikan pakatan pembangkang yang teguh dan harmoni untuk menewaskan
Umno/BN.
ADDIN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.