Monday, September 14, 2015

Altantuya: Najib beri ‘lampu hijau’ tangkap Razak Baginda, kata bekas KPN

Altantuya: Najib beri ‘lampu hijau’ tangkap Razak Baginda, kata bekas KPN Tan Sri Musa Hassan hari ini mendedahkan Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu masih timbalan perdana menteri mengarahkan beliau menangkap suspek pembunuh Altantuya Shaariibuu, Razak Baginda. 



Bekas ketua polis negara itu berkata, pada mulanya beliau memberitahu perdana menteri pada ketika itu, 

 
Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan kes tersebut namun diarahkan bertemu Najib memandangkan Razak merupakan penasihat beliau. 

"Selepas PM (Abdullah balik dari luar negara) saya memberitahu siapa mereka yang terlibat.
Saya mengatakan bahawa polis mahu tangkap Razak Baginda. 

 

"PM meminta saya untuk maklumkan kepada timbalan perdana menteri dan saya kemudian berjumpa dan beritahu ingin tangkap Razak Baginda. "Timbalan kata pada saya, buat kerja kamu," kata Musa pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.