Tuesday, September 1, 2015

Akhirnya Pemimpin BN Merayu Minta Pertolongan


Akhirnya Pemimpin BN Merayu Minta Pertolongan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu mengubah dirinya dulu untuk memenangi semula keyakinan rakyat, bukannya dengan mendesak wartawan supaya "memberikan gambaran yang baik mengenai mereka", kata seorang wakil rakyat DAP hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, wartawan berperanan melaporkan fakta dan kebenaran dan jika sesiapa, baik BN mahupun pembangkang, digambarkan dalam keadaan buruk, ia bukan salah media tetapi salah pihak yang terbabit.

"Untuk menyelesaikan persepsi negatif BN tidak susah. Ia hanya perlu bermula dengan Umno-BN melalui kenyataan pemimpin mereka dan dasar kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bukan kerja wartawan 'membantu menggambarkan' BN dalam keadaan yang baik. Menjadi peranan wartawan untuk melaporkan fakta dan kebenaran berhubung sebarang kejadian dan aktiviti.

Akhirnya Pemimpin BN Merayu Minta Pertolongan

"Sekiranya kebenaran menggambarkan sesiapa dalam keadaan yang buruk, tidak kira sama ada ia parti pemerintah atau pembangkang, kesalahan itu terletak pada pihak berkenaan itu mereka sendiri, dan bukan wartawan."

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merayu pertolongan pemberita agar mengembalikan sokongan pengundi Cina dan India kepada BN.

Naib presiden Umno itu berkata, beliau yakin pengundi komuniti itu tidak menyisihkan BN secara mutlak kerana media yang diikuti kaum India dan Cina masih memberikan liputan kepada majlis Umno dan gabungan pemerintah itu.
"Sekarang ni mereka tak yakin dengan kita. Mereka bukannya benci sangat dengan kita. Cuba tanya pemberita, (mereka) tak benci kita pun. Kalau benci, mereka tak akan datang sini pun, betul tak?" kata Zahid sewaktu merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Puchong.

Beliau kemudian memalingkan badannya ke arah kumpulan pemberita yang bertugas dan menyampaikan pesanan berikut: "Tolong ubah minda orang Cina dan India supaya mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.