Sunday, August 30, 2015

TERBUKTI BERSIH 4:0 PERHIMPUNAN AMAN !


Pasukan Tangkapan Segera Bersih hari ini mengesahkan 26 individu yang ditangkap polis kerana memakai kemeja-T kuning Bersih dibebaskan hari ini. 

Tangkapan Segera Bersih hari ini mengesahkan 26 individu yang ditangkap polis kerana memakai kemeja-T kuning Bersih dibebaskan hari ini. – 

Seramai 26 individu yang ditangkap malam tadi kerana didakwa memakai kemeja-T Bersih kini bebas, kata pasukan Tangkapan Segera Bersih hari ini.

Seorang anggota pasukan itu, Tarmizi Anuwar, mengesahkan 25 orang dari Melaka dan seorang dari Nilai yang ditahan mengikut Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA) 1984 sudah dibebaskan.

 
"Ya, mereka semua sudah dibebaskan," katanya, sambil menambah pasukan mereka itu masih sedang mengumpul maklumat lanjut berhubung kes itu.

Dalam satu kenyataan malam tadi, pasukan itu mengutuk tangkapan itu, menyifatkannya sebagai cubaan menakut-nakutkan orang ramai supaya menghindari Bersih 4 yang bermula jam 2 petang semalam.

"Bersih berjaya membuktikan pada hari pertamanya yang perhimpunan itu aman. Dan kami percaya ia akan terus berjalan dengan aman sekiranya tiada provokasi dari pihak polis.

"Kami gesa rakyat Malaysia menyertai perhimpunan Bersih itu dan jangan pedulikan sebarang provokasi yang tidak bertanggungjawab," kata pasukan itu yang ditubuhkan Bantuan Guaman Majlis Peguam.

Pada Jumaat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengharamkan penggunaan warna kuning dengan perkataan "Bersih 4" pada pakaian atau bahan bercetak lain sebelum perhimpunan itu, di bawah arahan yang dikeluarkan mengikut PPPA.

Bagaimanapun, polis tidak mengambil tindakan terhadap ribuan yang menyertai demonstrasi itu di Kuala Lumpur sejak tengahari semalam. – 30 Ogos, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.