Monday, August 31, 2015

PM: Demo tak matang, minda cetek - Shakira Buang


Sejak semalam, beribu-ribu penunjuk perasaan berdemonstrasi di ibu negara untuk mendesak perdana menteri meletakkan jawatan ekoran kontroversi 1MDB serta sejumlah RM2.6 bilion derma yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata meskipun pihak polis telah mengisytiharkan acara itu menyalahi undang-undang, dan ia tidak dibenarkan tetapi mereka tetap meneruskan.

Malah, Najib turut peserta himpunan BERSIH 4 sebagai “tidak matang” dan “berminda cetek” sekali gus memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang menjadi dalang serta pengkhianat yang mahu memusnahkan negara.

"Seperti yang kita semua tahu, apa yang telah berlaku sejak dua hari lepas adalah sangat tidak sesuai. Ia menunjukkan mentaliti cetek.

 
"Kerana itulah kita menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan hanya menyusahkan rakyat, kerana ia tidak langsung mencerminkan kematangan, bahkan ia bukanlah sebagai saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan dalam sebuah negara demokrasi," kata Najib.

Malah mufti Kelantan telah menyatakan bahawa demonstrasi jalanan dan BERSIH 4 adalah haram dari segi hukum Islam," kata Najib dalam perutusan Hari Merdeka malam ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.