Sunday, August 2, 2015

Muhyiddin Mungkin Akan Dihadapkan Ke JK Disiplin

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Aziz Kaprawi tidak menolak kemungkinan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti itu kerana penyebaran video di media sosial, baru-baru ini.

Beliau berkata, video Muhyiddin sedang berbual dengan beberapa orang tetamu termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir di kediamannya baru-baru ini jelas menunjukkan beliau enggan membantu Perdana Menteri.

"Ada kemungkinan (rujuk lembaga disiplin), kerana video yang tersebar dalam rumah beliau itu jelas menunjukkan dia tidak mengotakan apa yang dia kata untuk terus membantu Perdana Menteri.

"Dan yang saya sedih lagi apabila dia dedahkan kepada pemimpin pembangkang dan ianya berlaku dalam rumah dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan sayap Umno Lembah Pantai, di sini, hari ini.

Abdul Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan turut mendakwa, rakaman video itu sengaja diaturkan dalam rumah Muhyiddin.

"Ia seolah-olah diatur, kerana ia berlaku dalam rumah dia, kecuali ia berlaku di luar rumah," katanya lagi. - sharian





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.