Wednesday, July 29, 2015

Saya tidak kesal kritik Najib, 1MDB – Muhyiddin Yassin

  <iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/JMnOzfXQ3EQ" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui beliau sedikit pun tidak menyesal mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak terutama berkaitan kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, beliau tidak boleh berbohong mengenai situasi (1MDB) yang berlaku pada masa ini.
“Sebagai orang lama dalam politik, setelah apa yang berlaku, saya tidak boleh berbohong. Mungkin pandangan saya agak pedas, tetapi ia harus dilaksanakan,” katanya pada sidang media di rumahnya di Bukit Damansara pada Rabu.
Muhyiddin berkata, Jemaah Menteri perlu diperjelaskan mengenai isu kontroversi 1MDB kerana selama ini maklumat yang diberikan tidak jelas.


“Isu besar 1MDB perlu lebih diberikan penjelasan. Sebab itu saya perlu mendapatkan maklumat lain untuk membantu siasatan,” katanya lagi.
Muhyiddin sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras menyatakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kalah sekiranya isu 1MDB tidak diselesaikan.
Ditanya tentang pengumuman beliau digugurkan dalam barisan Kabinet, Muhyiddin akui hanya diberitahu mengenainya pada Selasa.
“Sewaktu dihubungi pada pukul 11.30 pagi, saya berada di Sendayan, Negeri Sembilan. Saya sedar bahawa majlis di Sendayan itu merupakan majlis terakhir saya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan Najib di Pejabat Perdana Menteri selepas itu, Muhyiddin berkata, beliau ada bertanya tentang tujuannya dipanggil oleh Najib dan jika ia berkaitan rombakan Kabinet.
“Dia (Najib) hanya mengangguk. Kemudian saya bertanya adakah saya tidak disenaraikan dalam Kabinet itu, dia (Najib) hanya angguk dan selepas itu, Najib hanya mengucapkan terima kasih,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.