Monday, July 27, 2015

PM Najib Diambang "KEJATUHAN" ??

Lagi dakwaan Pemuda UMNO cuba sabotaj Najib

pro-umno
Blog Mykmu.net menyenaraikan beberapa pemimpin Pemuda UMNO yang dipercayai terlibat dalam komplot itu.


PETALING JAYA: Sekumpulan pemimpin Pemuda UMNO Pusat dan mereka yang rapat dengan Ketua Pemuda UMNO didakwa sedang bergerak mempengaruhi Pemuda supaya tidak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Blog pro kerajaan, Mykmu.net menyiarkan ‘paparan skrin’ yang mendakwa perbualan kumpulan berkenaan menerusi aplikasi WhatsApps.

Blog berkenaan menamakan pemimpin Pemuda UMNO yang dipercayai terlibat dalam komplot untuk menjatuhkan Najib.

Mereka ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun (Wan Bro), Pengerusi Media Sosial Pemuda UMNO (EXCO) Ibdillah Ishak, EXCO Pemuda UMNO (Pengkaderan Politik), Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz, EXCO Pemuda UMNO (Profesional Muda), Shahril Hamdan, Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO, Dax Muhammad.

Blog itu melaporkan antara perbualan kumpulan berkenaan yang mendakwa Perdana Menteri seorang yang berpura-pura jadi tidak salah mereka berpura-pura sokong PM tetapi berbuat sebaliknya.

“Individu yang menggunakan nama DAX Muhammad juga menyatakan PM merayu sokongan Khairy Jamaludin.

“Ibdillah meyakinkan kumpulan ini bahawa beliau mempunyai pasukan media siber yang besar yang boleh menentang penyokong Najib Razak namun enggan menggunakan buat masa ini bagi menyembunyikan kekuatan,” dakwa blog itu.

Tulis blog itu lagi, kumpulan berkenaan juga mengkritik Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhamad Khairun Aseh yang dikatakan sedang menarik sokongan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian menyokong Perdana Menteri.

Blog itu beberapa bulan lalu mendedahkan bahawa terdapat gerakan dalam Pemuda UMNO Malaysia yang mahu menjatuhkan atau sekurang-kurangnya melemahkan kedudukan Perdana Menteri.


http://www.mykmu.net/2015/07/pemimpin-pemuda-umno-pro-kj-rancang-sabotaj-najib-kali-kedua/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.