Thursday, July 30, 2015

Pelik Tapi Benar.. Ketika Semua Menyerang Najib


Pelik Tapi Benar.. Ketika Semua Menyerang Najib. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan mengulas mengenai barisan Kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju parti itu yang cenderung kepada Umno.

Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Hadi itu, Lim berkata beliau juga terkejut dengan tindakan pemimpin PAS itu yang menyifatkan rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai perkara biasa.


"Itu jelas menunjukkan hala tuju PAS di mana beliau (Hadi) cenderung kepada perdana menteri dan Umno," katanya yang menyifatkan rombakan Kabinet semalam sebagai satu "gempa bumi"."

Pada sidang akhbar di George Town, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini amat prihatin dengan perkara itu dan berharap Najib dapat memperjelas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Kabinet baharu itu.

Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri menggantikan Muhyiddin. 
 
 
Addin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.