Wednesday, July 29, 2015

Apandi Ali ganti Ghani Patail, Zahid ganti Muhyiddin - Carian google mencanak !


 

Carian google hari ini tiba-tiba mencanak naik dengan pencarian maklumat dua nama yang saya sebutkan di atas.
Berpusu-pusu orang mencari maklumat berkenaan Mohamed Apandi Haji Ali dan berpusu-pusu juga orang taip nama Abdul Ghani Patail.

Selain daripada kedua-dua nama di atas, ada lagi carian lain yang turut sama meningkat naik dari saat ke saat. Antaranya adalah:


  • UMNO
  • 1MDB
  • Najib Razak
  • Zahid Hamidi
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Cabinet Reshuflle
Boleh dilihat semuanya berkisar tentang suasana kepimpinan negara kita yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Suasana yang sedang berkocak kuat menggegarkan segenap penjuru kedai kopi lama seluruh negara.

Zahid ganti Muhyiddin

Saya ada terbaca semalam berkenaan artikel menarik bagaimana hanya dengan satu ucapan, hidup anda akan berubah dalam temph satu hari. Dengan hanya satu ucapan, anda akan turun bawah dari kedudukan yang tinggi.

Walaupun saya tak baca artikel tersebut, hanya melihat tajuk sekali lalu, saya dah dapat agak ia merujuk pada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pemerhati politik dah boleh agak apa yang akan berlaku sebelum ianya dipastikan berlaku oleh Datuk Seri Najib Razak.

Pujian pada DS Najib Razak

Apa yang berlaku membuatkan saya tak boleh tidak mahu memuji ketegasan dan kedegilan Datuk Seri Najib Tun Razak. Dia pamerkan pada kita semua dengan apa yang sedang berlaku ini betapa dia tak sama macam Tun Abdullah yang mudah saja ikut letak jawatan selepas di desak walaupun tak ada salah banyak sangat cara pengurusannya.

Samada PM betul atau tidak itu bukan kerja saya nak siasat. Dah ada orang yang sedang melakukan siasatan dan merencanakan apa-apa yang patut. Tapi rasanya PM buat tindakan betul dengan membuang semua orang yang tidak bersetuju dan seiring dengannya. Lebih mudah untuk dia teruskan penguasannya selepas ini.

(Nota terkini: Tapi nampaknya orang yang mengetai siasatan 1MDB pun dah kena pecat ! memang Najib cekap !)

Antara langkah bijak PM buat selepas jadi Perdana Menteri adalah dengan mengekalkan segala sistem pemerintahan dan sistem mengekalkan kekuasaan sebagai pemimpin UMNO dan juga perdana Menteri.

Selama 22 tahun memerintah negara, Tun Mahathir telah berjaya membentuk satu sistem kebal untuk mempertahankan dirinya berkuasa. Samada di tempat Perdana Menteri mahupun di tempat presiden UMNO.

Salah Tun Mahathir adalah tidak merungkai semula segala sistem yang dibentuknya ketika dia berkuasa secara berpusat. Dia perlu merungkaikan pusat penguasaan kepada sistem berkumpulan yang berpecah supaya ada proses Check & Balance.

Jika dia rungkaikan semula cara pengekalan kuasa PM dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan jadi begitu kebal macam sekarang ini. Akan ada satu mekanisme yang mudah untuk lempar keluar sesiapa saja PM yang tidak berfungsi dengan baik.


Apandi Ali ganti Ghani Patail

Ini sebenarnya isu yang paling penting. Pengumuman Ghani Patail telah disingkirkan dari jawatan pentingnya dan digantikan kepada orang baru Apandi Ali.

Ini penting untuk perancangan Perdana Menteri menguasai semula permainan yang semakin mencabar. Dia perlu singkirkan orang yang sedang mengetuai siasatan dakwaan kononnya dia belasah duit sampai RM2.6 billion masuk dalam akaun peribadinya.

Bila orang baru ganti separuh jalan siasatan yang sedang dijalankan. Lebih mudah untuk diberikan arahan. Ia juga sebagai satu amaran awal supaya ang baru dilantik sedar kedudukan dirinya siapa yang berkuasa melantiknya. Jadi sila berhati-hati dalam membuat siasatan dan keputusan.

Siapa Apandi Ali

Ada banyak maklumat berkenaan siapa dia Apandi Ali ini, tapi yang paling menarik untuk anda semua tahu adalah seperti berikut:
  1. Dia merupakan bekas bendahari UMNO Kelantan
  2. Dia juga mengetuai panel hakim yang memenangkan Zahid Hamidi dalam kes pertikaian kedududkan kemenangan Zahid di Parlimen Bagan Datoh

Apa seterusnya yang akan berlaku nanti sama-sama lah kita tunggu dan lihat.

Cuma yang malang kat sini sudah tentu adalah Pakatan Rakyat yang telah berkubur. Mereka terkubur dalam keadaan lawan mereka berada dalam keadaan yang paling lemah.

Atau mungkin itu semua sudah diatur sejak awal oleh para bijak pandai yang bekerja untuk Perdana Menteri. Mereka meresap masuk menggunakan masalah yang semua orang tahu antara PAS dan DAP untuk membelahkan retak yang dah lama wujud.

Juga tentu malang untuk GHB yang masih dalam peringkat awal menyusun kembali segala runtuhan yang dihasilkan daripada pecahnya Pakatan Rakyat. Apapun harap-harap sebelum negara jadi macam Greece, segalanya dapat diselamatkan... 
Apa pendapat anda ?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.