Calon Presiden PAS Ahmad Awang mengatakan pada masa ini, sikap serang
menyerang antara satu sama lain seperti menjadi kebiasaan dalam PAS.
Calon Presiden PAS Ahmad Awang mengatakan pada masa ini, sikap serang
menyerang antara satu sama lain seperti menjadi kebiasaan dalam PAS.
Calon Presiden PAS Ahmad Awang menyifatkan penyingkiran kem tertentu
dalam parti Islam itu bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk
meleraikan pertembungan antara golongan yang tidak sealiran.
"Persoalan yang harus kita jawab dengan jujur, sampai bilakah keadaan
kita terus-terusan begini? Ada yang berpendapat, jika disingkirkan
mana-mana 'puak' atau 'kem' dalam muktamar pemilihan nanti, maka
tamatlah segala pertembungan.
"Benarkah begitu? Setelah selesai
disingkirkan mana-mana 'kem,' peluru yang terbiasa dan 'sedap' dihala
sebelumnya kepada sahabat seperjuangan, ada jaminankah tidak akan
dihambur kepada sahabat satu 'kem' yang tidak sealiran?" soalnya dalam
satu kenyataan semalam.
Katanya, ahli PAS terdahulu
bersusah-payah memartabatkan obor Islam yang menyeluruh sifatnya,
berbeza dengan keadaan ahli pada masa kini.
Katanya, sikap serang menyerang antara satu sama lain seperti menjadi kebiasaan dalam PAS.
Bekas naib presiden PAS itu berkata, pelbagai istilah jijik dilabelkan
dalam kalangan ahli parti, yang dianggapnya terlalu mudah mereka
ucapkan.
"Sekelumit pun pasti kita tidak pernah menyangka jutaan
jiwa yang ditarbiyah ini akhirnya berantakan dengan hamburan kotor yang
selayaknya tidak ditujukan sesama kita. UG (kerajaan perpaduan),
Anwarinas, pilihan DAP, liberal, Syiah, jebon, anti-ulama, serta
pelbagai istilah jijik kini menjadi basahan mulut yang meluncur mudah.
"Seakan-akan 'wirid' yang diratib dengan perasaan benci sesama saudara
yang pernah berjanji setia untuk hidup dan mati dalam perjuangan,"
katanya.
Beliau sebaliknya mencadangkan agar ahli PAS bertemu dan
berbincang jika mempunyai masalah antara satu sama lain sebagi satu
jalan penyelesaian yang wajar.
"Bercakaplah dari lubuk hati paling dalam. Luahkankah apa sahaja yang ingin diluahkan.
"Berdepan, jujur dan berterus-terang itu ibarat embun pagi yang dingin
dan mendamaikan.
InsyaAllah, Whatsapp dan Facebook hanya menjadi medan
maklumat luar, bukan penentu baik buruk hubungan kekeluargaan jemaah
besar ini," katanya sambil memberi jaminan bahawa ahki PAS akan kembali
bersatu sekiranya beliau dipilih sebagai presiden dalam muktamar pada 5
Jun ini. – 3 Jun, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.