Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak membantah pelantikan Ketua Menteri
Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT)
Sarawak.
Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh, berkata Taib Mahmud tidak
layak dilantik TYT Sarawak kerana berhadapan dengan ratusan laporan
polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
“SPRM
tiada kertas siasatan dibuka berkenaan laporan yang telah dibuat oleh
rakyat Sarawak melalui badan bukan kerajaan (NGO) dan orang
perseorangan,” katanya.
Beliau berkata, pendedahan demi pendedahan telah terbongkar termasuk
oleh Bruno Maser Fund dan 16 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman,
Jepun, Switzerland dan United Kingdom berkaitan kepentingan keluarga
Taib dalam 332 syarikat Malaysia dan 85 syarikat asing di 25 negara
yangg dianggarkan bernilai berbillion ringgit.
Terkini pendedahan harta milik anak Taib, Datuk Seri Bekir Mahmud oleh
akauntan Andrew Heng berkenaan angka nilai aset milik beliau yang
dikemukan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur daripada RM1.334
bilion meningkat kepda RM1.395 bilion semasa perbicaraan kes tuntutan
harta sepencarian bekas isteri, Shahnaz Majid.
“Pendedahan begini pasti ini tidak tercapai akal untuk rakyat di Sarawak
bagaimana Bekir memperolehi kekayaan yang berada di luar jangkaan,”
kata Zulhaidah dipetik daripada FMT News.
Beliau berkata sewajarnya SPRM tidak perlu memandang kepada latar belakang dan pangkat individu yang disiasat
“Hingga kini Taib masih tetap bebas dan berkuasa. Seolah-olah Taib kebal
SPRM dan sikap ‘fear and favour’, dan secara bebas, telus dan
profesional tidak konsisten,Ianya hanya konsisten kepada rakyat biasa
sahaja.” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.