Wednesday, May 6, 2015

PKR salahkan SPR jika pengundi kurang Adam Abu Bakar

 
Zack Ahmad's photo.
Peratusan pengundi yang rendah di PRK Rompin disebabkan hari mengundi dibuat pada hari bekerja bagi negeri-negeri lain dan dibimbangi perkara sama berlaku di Permatang Pauh.

PKR-SPR

PERMATANG PAUH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan kebimbangan terhadap peratusan pengundi yang akan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei.

Mereka tidak teragak-agak menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana memilih hari bekerja sekiranya peratusan keluar mengundi rendah.

PKR menyatakan peratusan mengundi yang rendah di PRK Rompin berbanding PRU13 adalah disebabkan pengundian yang dibuat pada hari bekerja bagi negeri-negeri lain.

Sempena PKR Rompin pada 5 Mei, kerajaan Pahang umum hari berkenaan sebagai cuti peristiwa.

“Kita sudah tekankan berkali-kali, SPR merupakan pihak yang harus dipersalahkan kerana memilih hari bekerja.

“Kemungkinan peratusan pengundi yang keluar mengundi di PRK Permatang Pauh juga akan menurun,” kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula mendakwa SPR telah menganaktirikan PRK di Permatang Pauh.

“Kita melihat bagaimana SPR menetapkan hari bekerja sebagai hari mengundi. Ia sepatutnya dilakukan dengan lebih awal lagi,” katanya.

Calon PKR itu bagaimanapun berharap pengundi tidak terjejas dengan pemilihan hari bekerja dan tetap pulang untuk mengundi.


- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/…/pkr-salahkan-spr-jika-…/…

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.