Saturday, May 2, 2015

Pelakon dikutuk menyerupai babi kerana gemuk - FMT Reporters

 
emy stress

Almy Nadia yang baru dua bulan melahirkan anak pertama mengaku tertekan dan malu keluar rumah gara-gara dikutuk menyerupai babi kerana gemuk.

PETALING JAYA: Seorang pelakon tempatan mengamuk apabila dikutuk di laman sosial gara-gara saiz badannya yang semakin besar selepas melahirkan anak.

Almy Nadia mengaku dia hampir sawan dan malu untuk keluar rumah kerana tidak tahan dengan pandangan serong masyarakat sekeliling terhadap dirinya.

Malah, lebuh teruk ada pengguna laman sosial yang menyamakan dia dengan babi hanya kerana badannya yang gemuk.

Isteri kepada pelakon Fizz Fairuz itu baru dua bulan melahirkan pertama mereka.

Almy berkata, dia sangat tertekan apabila setiap gambarnya yang disiarkan di laman sosial atau portal hiburan dikomen dengan kutukan dan cacian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.