PENYANYI, Nash Lefthanded.
KUALA LUMPUR: Selepas pelawak, Os dikhabarkan meninggal dunia, penyanyi, Nash Lefthanded, pula menjadi sasaran.
Sebentar tadi tersebar berita kematian Nash.
“Ramai juga yang menghubungi saya kerana dakwaan ini. Alhamdulillah, saya masih hidup. Saya memang sihat dan tak ada masalah apa apa.
Siapalah yang buat dan bawa cerita sebegitu?
Soal mati janganlah dibuat main. Kepada yang menyebarkan cerita berkenaan, jangan buat macam ini.
Saya tak berdendam atau simpan perasaan apa apa.
Saya maafkan sesiapa yang membawa cerita palsu ini.
Semoga kita semua diberkati-Nya. “Apapun terima kasih kepada yang menghubungi saya untuk bertanyakan kesahihan cerita ini. Ada juga yang sayang saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.