Mahkamah Tinggi mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memfailkan pembelaan terhadap saman pendakwaan berniat jahat yang difailkan oleh peguam Rosli Dahlan dan bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusof dalam tempoh 30 hari.
Arahan itu dibuat selepas Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menolak untuk menangguhkan Gani dan lain-lain memfailkan pembelaan melibatkan saman bernilai jutaan ringgit.
"Tidak ada alasan yang istimewa untuk membenarkan penangguhan," katanya.
Oleh itu mahkamah menetpkan 29 Julai sebagai pengurusan kes.
Ramli dan Rosli (kanan) memfailkan saman secara berasingan bagi pendakwaan berniat jahat terhadap Gani dan beberapa lagi dalam kes yang dikenali sebagai skandal 'Copgate'.
Hakim Vazeer pada tahun lalu menolak permohonan Gani untuk membatalkan kedua-dua saman itu.
Mahkamah Rayuan juga pada Januari tahun ini menolak rayuan Gani utnuk membatalkan saman bernilai RM47 juta yang difailkan oleh Rosli dan saman RM148.5 juta yang difailkan oleh Ramli.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.