Tuesday, May 26, 2015

Luahan isi hati Hadi Awang Mohamad Fadli



Hadi menegaskan hatinya tetap bersama Pakatan Rakyat walaupun dilempar pelbagai tuduhan.

hadi,guan eng

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyuarakan isi hatinya selepas dituduh sudah berpaling kepada UMNO oleh Lim Guan Eng.

Katanya, walaupun dilempar dengan pelbagai tuduhan, hatinya masih tetap bersama Pakatan Rakyat (PR).

“Dia (Lim Guan Eng) ‎ dia tidak tahu hati saya, saya tidak tahu hati dia, mana kita tahu hati orang,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan menuduh Abdul Hadi telah bersama UMNO walaupun batang tubuhnya dilihat masih bersama Pakatan Rakyat.

Ahli Hadi,Ahli Parlimen Marang, berkata buat masa ini Pas setia bersama PR tetapi tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Katanya, sama juga seperti dirinya yang tidak tahu sampai bila akan hidup dan bila akan mati.

“Sekarang masih bersama PR. Saya duduk dikerusi yang sama dan mungkin akan datang saya tidak tahu.

“Saya pun tidak tahu saya akan hidup atau tidak. Kalau ikut sejarah semuanya pernah bersendirian, pernah dalam kerajaan, keluar kerajaan biasanya peristiwa lama tidak akan berulang.

“Konsep kita bersama masyarakat majmuk di Malaysia, tidak boleh bersendirian,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.