Kazim Elias: Undi siapa sokong hudud
Penceramah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias mengingatkan pengundi di Permatang Pauh supaya memilih calon pilihan raya kecil Parlimen itu yang menyokong hudud.
Membangkitkan sokongan BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebelum ini, Kazim berkata kekuatan undi diperlukan untuk membolehkan undang-undang itu dilaksanakan.
“Kalau dibawa di Parlimen dia memerlukan kekuatan tetapi kalau ahli Parlimen tak menyokong hudud walau dia Melayu sekali pun macam mana undang-undang itu hendak menang.
“Sebab itu di Parlimen Permatang Pauh ini sekali pun, kita kena tengok ahli Parlimen itu boleh angkat tangan sokong hudud atau tidak,” katanya dalam ceramah di Permatang Pauh malam tadi.
Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PKR, BN, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan bebas.
Kerusi itu kosong apabila penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan selepas gagal mendapat pengampunan diraja atas sabitan kes liwat terhadapnya.
- mkini

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.