Saturday, May 30, 2015

Isu 1MDB: Berapa banyak bohong daa…Mohamad Fadli

 


arul_shahrol_Shahbudin-Husin_600
Menurut Shahbudin kelewatan penjelasan masalah dalaman 1MDB hanya akan mendedahkan lebih banyak pembohongan

PETALING JAYA: Kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat semakin kusut dan tidak berkesudahan dengan lanjutan siri penipuan.

Selepas Perdana Menteri Najib Tun Razak didakwa berbohong mengenai kedudukan wang hampir RM4 bilion yang didakwa disimpan di salah sebuah bank di Singapura, kini giliran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kandasamy dan bekas CEO, Datuk Shahrol Halmi dikatakan menggunakan taktik yang sama.

Ketiadaan dua sosok penting itu menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memperlihatkan penipuan demi penipuan terus berlaku.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin turut mempersoalkan tindakan Najib yang seolah-olah hanya cenderung kepada Arul dan Shahrul walaupun dikecam oleh pelbagai pihak.

“Di bursa politik kedai kopi dan lobi hotel, bertebaran cakap-cakap mengatakan betapa besarnya pangkat kedua-dua individu terbabit sehingga Najib seolah-olah hanya “PRO” saja kepada mereka.

“Malah, Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah tampil sebagai jurucakap memberi jaminan kedua-dua mereka akan tetap memberi keterangan,” tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com.

Tambahnya lagi dengan menutup kecacatan dalam 1MDB, ia hanya akan mendedahkan lebih banyak lagi pembohongan dalam 1MDB.

“Dengan terus bermain dengan masa dan satu demi satu pembohongan terbongkar dalam usaha yang bagaikan terpaksa untuk merungkai kekusutan 1MDB ini, rata-rata mula bertanya, apakah selepas ini lebih banyak lagi pembohongan akan terus terdedah?.

“Bohong, bohong dan terus bohong. Berapa banyak bohong daa…mungkin ini yang terpacul daripada mulut Allahyarham P Ramlee jika beliau masih hidup dan menyaksikan kemelut 1MDB ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.