Friday, May 29, 2015

Desak Isa Samad letak jawatan Faiz Zainudin


Selain Isa, Anak turut mendesak Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada memberikan penjelasan terhadap masalah yang dihadapi.

PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (Anak) mendesak Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad supaya meletak jawatan.

Ia susulah kerugian yang ditanggungnya selepas harga saham FELDA Global Venture (FGV) jatuh ke paras terendah, RM1.92 seunit berbanding harga pembukaannya RM4.55 seunit.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, Isa perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana ia telah menjejaskan warga FELDA.

“Isa Samad sepatutnya meletakkan jawatan dan bertanggungjawab atas ‘dosa dosa’ yang dilakukannya.

“Warga FELDA telah dan akan terus berdoa serta melakukan Solat Hajat ke atas kamu, Tan Sri Isa Samad.

“Doa orang yang dizalimi, tiada hijab di sisiNya’,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain Isa, dia turut mendesak Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada memberikan penjelasan terhadap kegelisahan peneroka berhubung status tanah dan kedudukan Koperasi Permodalan FELDA yang dikatakan sedang terumbang ambing.

Mazlan mendakwa, simpanan FELDA mula berkurang kepada RM1.35 bilion sejak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih tanggungjawab penuh ke atas FELDA sekitar tahun 2004.

Katanya, FELDA berada dalam keadaan berhutang selepas ia membuat pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Lebih menjengkelkan apabila Isa membuat kenyataan bahawa pemberian pinjaman itu adalah suatu penghormatan.

“Saya tidak pasti angka tepat jadual pembayaran yang FELDA kena lakukan setiap tahun kepada KWSP. Jumlahnya tidak kurang RM300 juta setahun. Ada maklumat yang di sampaikan kepada saya, FELDA akan berhutang lagi dengan institusi kewangan.

“Malapetaka berterusan menimpa FELDA, jika pinjaman baru terpaksa di lakukan,” katanya.

"BERANI KE PM NAJIB PECAT ISA SAMAD -  DIA MEMEGANG DAN MENYELAMATKAN NAJIB SATU KETIKA DULU DI PORT DICKSON."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.