Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia. Bermula September,
Malaysia Airline System Bhd, syarikat yang dikenali rakyat Malaysia
sebagai syarikat penerbangan negara sejak 1972, tidak lagi wujud.
Ia sebaliknya akan digantikan dengan sebuah syarikat baru, Malaysia Airlines Bhd, dimiliki sepenuhnya Khazanah Nasional sebelum rancangan penyenaraian semula di Bursa Malaysia menjelang 2019 .
Ini bukan kali pertama MAS tertakluk kepada pelan pemulihan atau usaha
menyelamatkan syarikat penerbangan itu. Ia berlaku beberapa kali
sepanjang 22 tahun, bermula 1994.
Tetapi ini hanya akan berfungsi jika kerajaan dan mereka yang menerajui
rancangan penyusunan semula ini mengambil pengajaran dari pengalaman
lampau.
Semuanya bermula pada 1994 apabila ahli perniagaan Tan Sri Tajudin Ramli
mengambil pinjaman daripada beberapa syarikat berkaitan kerajaan
berjumlah RM1.79 bilion dan kemudian menggunakannya membeli saham utama
dalam MAS, satu langkah yang terpaksa ditanggung kerajaan akibatnya
kira-kira tujuh tahun kemudian.
Ketika itu, Tajudin selaku ketua pegawai eksekutif (CEO) MAS, terjejas teruk oleh krisis kewangan Asia 1997.
Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia
Dan kerajaan akhirnya membeli semula saham MAS dari Tajudin pada RM8
seunit – harga yang sama Tajudin bayar tujuh tahun sebelumnya.
Perbezaannya kali ini cuma, MAS dalam keadaan hampir muflis.
Ia kerugian RM256 juta pada tahun kewangan berakhir 1998 dan menjelang
tahun fiskal berakhir 2000, ia rugi RM255.7 juta lagi selepas kerugian
cukai. Apabila kerajaan membeli balik saham yang berkepentingan daripada
Tajudin, harganya di pasaran hanya RM3.68 seunit.
Kembali dalam tangan kerajaan, MAS melaporkan kerugian RM1.3 bilion pada
2005, menyebabkan satu lagi pelan pemulihan yang menyaksikan pelantikan
Datuk Seri Idris Jala sebagai CEO baru.
Ramai melihat pemilihan Idris membawa sinar harapan kepada syarikat yang mengalami kerugian setiap tahun itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.