Friday, May 8, 2015

Bayi meninggal tercerut kain buaian


Zack Ahmad's photo. Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan meninggal dunia akibat terjerut kain buaian di rumah keluarganya di Taman Century Garden di Johor Bahru kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supt Abdul Wahib Musa berkata Brian Lim meninggal ketika ibunya mahu menghantar bayinya ke klinik berhampiran kira-kira 4.30 petang.

"Sebelum kejadian, ibunya memberi makan kepada ketiga-tiga anaknya sebelum menyuruh mereka masuk tidur di bilik utama. Mangsa diletakkan dalam kain buaian.

"Setelah itu dia masuk ke dapur membuat kerja rumah dan setelah selesai, dia masuk semula ke bilik berkenaan namun mendapati mangsa telah terjatuh ke bahagian lapis sarung nyamuk kain buaian itu dengan kepalanya tergantung keluar," kata Abdul Wahib yang dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata panik dengan kejadian itu, ibu berkenaan terus mengangkat badan anaknya itu namun mendapati mangsa tidak lagi bergerak.

"Dia cuba menyelamatkan anaknya dengan memanggil ambulans untuk ke klinik berhampiran. Namun apabila ambulans sampai, mangsa sudah tidak bernyawa.

"Suaminya yang sedang bekerja di Singapura sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu," kata Abdul Wahib.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a)Akta Kanak-Kanak 2001.


- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.