Mufti Perlis mempersoalkan adakah rakyat Malaysia yang kurang pengalaman tentang ekonomi berbanding Tun M akan lebih faham GST?
Dengan membuat kenyataan seperti itu, itu, katanya, adakah Timbalan Menteri Kewangan itu lebih bijak berbanding Dr Mahathir yang sudah terkenal dengan kebijaksanaannya.
“Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai ‘kurang cerdik’ (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?,” tulisnya di Facebook.
Ahmad Maslan sebelum ini dilaporkan berkata Tun M tidak faham GST kerana kemungkinan bekas Perdana Menteri itu tidak maklumat terperinci tentang GST daripada orang sekelilingnya.
Asri berkata, jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka kurang pengalaman tentang ekonomi negara daripada Tun M akan lebih faham tentang GST?.
Beliau juga menimbulkan persoalan adakah urusan negara yang melibatkan rakyat boleh diserahkan kepada orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik).
“Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?,” tulisnya.
FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.