Saturday, April 4, 2015

Mungkinkah ada lagi kritikan Dr M ?

 
 
Semua mata akan tertumpu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad apabila bekas perdana menteri itu muncul di khalayak umum buat pertamanya esok selepas membuat kritikan yang pedas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 
Dr Mahathir dijadual menghadiri sesi khas dengan para pelajar di Cyberjaya bagi membincangkan isu kepimpinan di mana pemimpin veteran Umno itu mungkin membuatkan lagi kritikan pedas terhadap Najib.
 
Acara esok dianjurkan oleh WYSJ (What Youth Should Know), yang dipengerusikan oleh Lawrence Low Kah Guan, yang juga ketua biro pendidikan Pemuda MCA Selangor.
 
Siri kepimpinan global anjuran WYSK yang ada kaitan dengan MCA itu, membariskan Dr Mahathir yang tidak dapat hadir pada persidangannya Sabtu lalu - hari yang sama dengan perkahwinan anak perempuan Najib.
 
Pihak penganjur mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di Jepun tetapi berjanji untuk menghadiri ceramah itu esok sebagai gantinya.
 
Acara esok boleh meletakkan MCA dalam kedudukan yang janggal selepas Ketua Pemudanya, Chong Sin Woon menganggap Dr Mahathir telah 'keterlaluan" dalam serangannya terhadap Najib dan menuntut bekas perdana menteri itu menunjukkan buktinya.
 
Chong turut hadir di persidangan  WYSK minggu lepas tetapi tidak pasti sama ada beliau akan menghadiri majlis itu esok.
 
 
Malaysiakini
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.