Thursday, April 23, 2015

Mengapa bantah salib bukan gereja, soal Ibrahim Ali OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

 
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tidak bersetuju dengan penduduk Taman Medan memprotes berkenaan lokasi salib tetapi menyoal gereja itu dikatakan beroperasi tanpa permit.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tidak bersetuju dengan penduduk Taman Medan memprotes berkenaan lokasi salib tetapi menyoal gereja itu dikatakan beroperasi tanpa permit.

Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan tindakan penduduk Taman Medan, Petaling Jaya yang mendesak salib diturunkan dan bukannya membantah gereja yang dilaporkan beroperasi tanpa permit sejak Ogos lalu.

Presiden Perkasa itu berkata, tiada masalah bagi penganut Kristian untuk mempamerkan salib kerana ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan beragama.

“Bagi Perkasa, saya tiada masalah. Kalau isu semata-mata kerana salib, saya tak setuju. Kalau orang faham saya, saya bukan macam yang orang tuduh.

“Dalam konteks salib, tiada undang-undang mengatakan salib tidak boleh diletakkan di batang pokok kelapa atau di kedai.

“Penduduk protes salib. Oleh kerana itu, saya tak setuju dengan penduduk ini. Kalau mereka protes premis tak ada permit, itu boleh,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ibrahim berkata, dalam kes bantahan salib di kawasan majoriti Melayu-Islam itu, pihak yang terbabit iaitu gereja, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan penduduk setempat yang perlu dipersalahkan.

Katanya, sekiranya pihak gereja dan MBPJ mengambil langkah awal, insiden bantahan penduduk berkenaan dapat dielakkan.

“Pertama, pihak gereja guna rumah kedai untuk rumah ibadat, kedua MBPJ tidak ambil tindakan, ketiga baru kita salahkan mereka yang membantah kerana satu dan dua.

“Jika tiada tindakan pertama dan kedua, maka tiada ketiga. Jika gereja tidak dibuat di rumah kedai atau MBPJ ambil tindakan, tak timbul masalah ini.

“Gereja dan MBPJ terlebih dahulu perlu pelihara sensitiviti agama dan kaum. Kita kena salahkan mereka (MBPJ). Mereka dah tahu tak ada lesen. Kalau tak ada lesen melanggar peraturan, mengapa diam, tak ambil tindakan sebelum ini?” katanya.

Beliau berkata ekoran tiada tindakan awal daripada MBPJ, pihak gereja membuat keputusan untuk meletakkan salib. – 23 April, 2015.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.