Tuesday, April 21, 2015

Mahatir for Rompin atas tiket bebas - Yes & No...


Mengapa Mahathir perlu bertanding dalam PRK Rompin tetapi tidak akan melakukannya...

Kedengaran seperti sebuah idea yang mustahil, tetapi mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu mempertimbangkan idea untuk bertanding di Pilihanraya Kecil Rompin sebagai calon bebas.

Bertindak demikian boleh membuktikan kepada kita yang dia bersedia melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menyelamatkan Umno daripada kekalahan memalukan dalam pilihanraya umum akan datang.

Mahathir sebelum ini dipetik sebagai berkata, “ Kita sedang berdepan dengan pilihan-pilihan ini: sama ada menjatuhkan perdana menteri yang telah gagal dan yang akan menyebabkan Umno kalah dalam pilihanraya akan datang, atau kita ambil peluang sekiranya dia dijatuhkan kita mungkin mampu menguatkan kembali Umno.”

Tetapi bagaimana sebenarnya seseorang perlu bertindak untuk menjatuhkan presiden Umno? Sejarah sudah menunjukkan yang sebenarnya ia adalah mustahil melalui pertandingan langsung. Hanya satu ketika kedudukan presiden Umno dicabar secara serius dalam pemilihan parti ialah tahun 1987, di mana ‘Team B’ Tengku Razaleigh Hamzah mencabar ‘Team A’ di pimpin Mahathir. Ia menyebabkan ketegangan luar biasa dalam Umno dan menyebabkan Umno dibatalkan pendaftaran.

Sudah menjadi lumrah tradisi Umno yang jawatan presiden akan diwariskan kepada timbalannya apabila presiden memutuskan untuk bersara. Tunku Abdul Rahman dipaksa berundur oleh pemimpin-pemimpin muda Umno yang memilih Abdul Razak Hussein yang kemudiannya meninggal sewaktu masih memegang jawatan.

Hussein Onn melepaskan jawatan untuk memberi ruang kepada Mahathir, dan Abdullah Badawi meletakkan jawatan selepas tsunami politik melanda Barisan Nasional selepas pilihanraya umum 2008.


Perlu di akui yang Mahathir, telah pun melakukan yang terbaik untuk mewujudkan perubahan besar dalam parti, walaupun hasilnya tidak memberangsangkan. Najib bekerja keras untuk mengekalkan sokongan, dan selepas pengistiharan umum daripada 160 ketua bahagian Umno yang menyokongnya pada bulan March yang lalu memberikan pesanan jelas kepada Mahathir yang parti itu masih kekal setia di belakang presidennya, sekurangnya pada pandangan umum.

Mahathir terus berdegil, dilihat oleh rakyat Malaysia bermula sebagai teguran sudah berubah menjadi sebuah pertarungan antara dua tokoh- satu pertarungan hebat yang mungkin mengancam Umno dan negara.

Malah anggota keluarga keduanya terheret sama, dengan Hishammuddin Hussein menyuarakan sokongan kepada sepupunya, dan Mukhriz Mahathir di minta meletakkan jawatan sekiranya tidak lagi menyokong Najib. Kebanyakan orang lama pemimpin Umno mengambil langkah berhati-hati daripada terheret sama ke dalam kancah pertarungan. Hanya Tuhan yang tahu apa sebenarnya yang mereka fikirkan.

Baru-baru ini, Mahathir membuat kenyataan yang Najib sudah tidak menerima sokongan daripada rakyat Malaysia, sehingga mengisytiharkan yang Najib sebagai ‘lemah’ dan ‘tidak layak menjadi PM’.

Sebuah laporan berita menyebut Mahathir sebagai berkata yang ramai orang yang kelihatan menyokong Najib sebenarnya secara diam-diam mahukan Najib berundur daripada jawatan Perdana Menteri.


Tetapi Najib masih memegang kuasa. Apakah yang Mahathir boleh lakukan? Dia tiada kedudukan dalam parti, hanyalah seorang ahli biasa. Dia tidak mahu bekerjasama dengan pembangkang, percaya bahawa isu Najib perlu diselesaikan di dalam parti.

Apa lagi pilihan yang dia ada? Di Malaysia, Perdana Menteri boleh dipecat melalui undi tidak percaya. Tiada lagi perdana menteri yang berhadapan dengan undi tidak percaya, walaupun Badawi pernah diugut dengannya pada 2008.

Badawi kemudiannya mengundurkan diri pada April tahun berikutnya. Adakah undi tidak percaya memainkan peranan dalam mempengaruhi keputusannya? Sekiranya ia benar, maka ia boleh menjadi cara untuk menjatuhkan Najib.

Tetapi tiada pemimpin Umno yang berani melakukan tindakan itu kepada presiden, ia bukanlah cara mereka bekerja. Mahathir perlu melakukannya dengan caranya tersendiri.

Tetapi untuk itu, dia perlukan kerusi di parlimen. Kerana itulah dia perlu mempertimbangkan untuk bertanding di pilihanraya kecil Rompin, mungkin sebagai calon bebas. Jika dia bertindak demikian, ia akan meletakkan Najib dalam keadaan yang sukar.

Dia masih belum menggunakan Akta Hasutan untuk mengekang kritikan Mahathir, jadi kebarangkalian sangat rendah untuk dia memecat Mahathir daripada Umno dan memanjangkan kontroversi.


Kedudukan dan pengaruh Mahathir untuk memenangi kerusi tersebut bukanlah satu masalah. Siapa yang waras, berani untuk bertanding menentang Bapa Pemodenan Malaysia?

Sekiranya dia menang, Mahathir mempunyai semua hak untuk menggerakkan proses undi tidak percaya kepada Najib di Parlimen. Lagipun, dia sudah menyatakan tidak percaya di ruang awam, kenapa tidak sahaja melakukannya di Parlimen dan memaksa Najib berundur?

Dengan cara ini, dia akan mengetahui adakah Umno dan Barisan Nasional bersedia untuk mengugurkan Najib, atau tenggelam bersama pemimpin mereka dalam pilihanraya umum akan datang seperti yang dia ramalkan. Jadi mengapa Mahathir tidak bertanding sahaja di Rompin?

Mudahnya kerana dia ialah Mahathir Mohamad, presiden Umno selama 22 tahun, dan arkitek pembangunan Malaysia. Seperti kata orang Melayu

“Yang diludah tak dijilat kembali”, Mahathir sudah mencapai banyak kejayaan dalam hidupnya, tindakan untuk kembali ke dalam kancah politik dengan langkah ‘kecil’ sebegini mungkin hanya akan menghina kedudukan beliau selaku negarawan unggul.

Lagipun, penulis “The Malay Dilemma” dan pejuang orang melayu tidak akan menjadi orang yang menghancurkan dominasi politik yang sekian lama di miliki Umno.

Peranan itu, mengikut Mahathir, sudahpun dipegang Najib. - Mike Tan,theantdaily

What Should Hishamuddin Do...

There is a joke 'god chooses your relatives but thank god we can choose our friends'. Well I dont quite believe in this joke.

You always have the freedom of choosing what is good for you, whether it is relatives, friends, politics, career or whatever. Whatever you choose must be real. Do not waste your life 'choosing' things that cannot be proven.


Dont waste your life choosing from your imagination or from your imaginary friends. That is where the satan dwells - inside an idle mind. I am addressing you grown ups and adults ok. The PhDs among us, the school teachers, doctors, housewives, MPs, ministers etc.

Well, back to the story. Yesterday Tan Sri Muhyiddin Yassin has used Tun Dr Mahathir's 'Criminalise War' forum to express his support for Dr Mahathir. A clever play on words that has sent a big signal throughout the country.

Because the latest I hear is that Shafie Apdal from Sabah has said that Dr Mahathir just wants his questions about 1MDB answered. That is all. Dr Mahathir is not referring to the price of kangkung, the cost of all the flowers at that wedding - well not yet. (Was it RM5 million, RM20 million?

Just the flower decorations alone). This is certainly a pro Mahathir statement by Shafie Apdal. This is also to tell Salleh Keruak to stop making an ass of himself. Zahid Hamidi of course has maintained an 'elegant silence'. He has not said much of anything about defending Najib against Dr Mahathir.

Clever, clever. So the Deputy President and two out of three Vice Presidents of UMNO are now at arms length from the President. Najib is now in Kazakhstan, enjoying himself again at the wedding party with his in laws. Do you all know who Al Capone was? A friend said that each time Najib is out of the country, NO ONE speaks up for him.

Only when he is in Malaysia then the hangers on speak up loudly. Just watch - they are quiet now. When he comes back, the cheer leaders will start their high kicks again. Folks say that Bung Mokhtar from Kinabatangan has also back pedalled a little between Najib and Dr Mahathir. Bung has gone neutral - like some pre paid Bloggers.

There is a consensus developinhg that Najib will be gone. This is beginning to seep in among the UMNO leaders like Muhyiddin, Zahid, Shafie Apdal and others. The crew is beginning to realise that the ship is going down. Better grab your life vests.

Here is a suggestion : the crew will abandon ship faster if they are given life vests. Tak payah pikir panjang. Looking at it another way, even the crew of a pirate ship deserve to be saved from drowning.

Just dont let them crew another ship. What about Hishamuddin Hussein Onn vice president and the cousin of the party president. Hisham is between a rock and a hard place.

Blood is thicker than water they say. Hisham has to choose carefully. When in doubt bro, choose that which is right. Sometimes it is difficult to see right from wrong. But when it is clear as daylight, then do not hesitate. Blood is thicker than water.

That which is right is so much thicker than that which is wrong. That which is right is also much thicker than blood and water. Time is running. The consensus view is that if Najib goes, it will also spell the end of Hishamuddin Hussein Onn. Will that be the case?


Tumpang Skole.
Mahatir for Rompin atas tiket bebas - Yes & No... Mengapa Mahathir perlu bertanding dalam PRK Rompin tetapi tidak akan melakukannya... Kedengaran seperti sebuah idea yang mustahil, tetapi mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu mempertimbangkan idea untuk bertanding di Pilihanraya Kecil Rompin sebagai calon bebas. Bertindak demikian boleh membuktikan kepada kita yang dia bersedia melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menyelamatkan Umno daripada kekalahan memalukan dalam pilihanraya umum akan datang. Mahathir sebelum ini dipetik sebagai berkata, “ Kita sedang berdepan dengan pilihan-pilihan ini: sama ada menjatuhkan perdana menteri yang telah gagal dan yang akan menyebabkan Umno kalah dalam pilihanraya akan datang, atau kita ambil peluang sekiranya dia dijatuhkan kita mungkin mampu menguatkan kembali Umno.” Tetapi bagaimana sebenarnya seseorang perlu bertindak untuk menjatuhkan presiden Umno? Sejarah sudah menunjukkan yang sebenarnya ia adalah mustahil melalui pertandingan langsung. Hanya satu ketika kedudukan presiden Umno dicabar secara serius dalam pemilihan parti ialah tahun 1987, di mana ‘Team B’ Tengku Razaleigh Hamzah mencabar ‘Team A’ di pimpin Mahathir. Ia menyebabkan ketegangan luar biasa dalam Umno dan menyebabkan Umno dibatalkan pendaftaran. Sudah menjadi lumrah tradisi Umno yang jawatan presiden akan diwariskan kepada timbalannya apabila presiden memutuskan untuk bersara. Tunku Abdul Rahman dipaksa berundur oleh pemimpin-pemimpin muda Umno yang memilih Abdul Razak Hussein yang kemudiannya meninggal sewaktu masih memegang jawatan. Hussein Onn melepaskan jawatan untuk memberi ruang kepada Mahathir, dan Abdullah Badawi meletakkan jawatan selepas tsunami politik melanda Barisan Nasional selepas pilihanraya umum 2008. Perlu di akui yang Mahathir, telah pun melakukan yang terbaik untuk mewujudkan perubahan besar dalam parti, walaupun hasilnya tidak memberangsangkan. Najib bekerja keras untuk mengekalkan sokongan, dan selepas pengistiharan umum daripada 160 ketua bahagian Umno yang menyokongnya pada bulan March yang lalu memberikan pesanan jelas kepada Mahathir yang parti itu masih kekal setia di belakang presidennya, sekurangnya pada pandangan umum. Mahathir terus berdegil, dilihat oleh rakyat Malaysia bermula sebagai teguran sudah berubah menjadi sebuah pertarungan antara dua tokoh- satu pertarungan hebat yang mungkin mengancam Umno dan negara. Malah anggota keluarga keduanya terheret sama, dengan Hishammuddin Hussein menyuarakan sokongan kepada sepupunya, dan Mukhriz Mahathir di minta meletakkan jawatan sekiranya tidak lagi menyokong Najib. Kebanyakan orang lama pemimpin Umno mengambil langkah berhati-hati daripada terheret sama ke dalam kancah pertarungan. Hanya Tuhan yang tahu apa sebenarnya yang mereka fikirkan. Baru-baru ini, Mahathir membuat kenyataan yang Najib sudah tidak menerima sokongan daripada rakyat Malaysia, sehingga mengisytiharkan yang Najib sebagai ‘lemah’ dan ‘tidak layak menjadi PM’. Sebuah laporan berita menyebut Mahathir sebagai berkata yang ramai orang yang kelihatan menyokong Najib sebenarnya secara diam-diam mahukan Najib berundur daripada jawatan Perdana Menteri. Tetapi Najib masih memegang kuasa. Apakah yang Mahathir boleh lakukan? Dia tiada kedudukan dalam parti, hanyalah seorang ahli biasa. Dia tidak mahu bekerjasama dengan pembangkang, percaya bahawa isu Najib perlu diselesaikan di dalam parti. Apa lagi pilihan yang dia ada? Di Malaysia, Perdana Menteri boleh dipecat melalui undi tidak percaya. Tiada lagi perdana menteri yang berhadapan dengan undi tidak percaya, walaupun Badawi pernah diugut dengannya pada 2008. Badawi kemudiannya mengundurkan diri pada April tahun berikutnya. Adakah undi tidak percaya memainkan peranan dalam mempengaruhi keputusannya? Sekiranya ia benar, maka ia boleh menjadi cara untuk menjatuhkan Najib. Tetapi tiada pemimpin Umno yang berani melakukan tindakan itu kepada presiden, ia bukanlah cara mereka bekerja. Mahathir perlu melakukannya dengan caranya tersendiri. Tetapi untuk itu, dia perlukan kerusi di parlimen. Kerana itulah dia perlu mempertimbangkan untuk bertanding di pilihanraya kecil Rompin, mungkin sebagai calon bebas. Jika dia bertindak demikian, ia akan meletakkan Najib dalam keadaan yang sukar. Dia masih belum menggunakan Akta Hasutan untuk mengekang kritikan Mahathir, jadi kebarangkalian sangat rendah untuk dia memecat Mahathir daripada Umno dan memanjangkan kontroversi. Kedudukan dan pengaruh Mahathir untuk memenangi kerusi tersebut bukanlah satu masalah. Siapa yang waras, berani untuk bertanding menentang Bapa Pemodenan Malaysia? Sekiranya dia menang, Mahathir mempunyai semua hak untuk menggerakkan proses undi tidak percaya kepada Najib di Parlimen. Lagipun, dia sudah menyatakan tidak percaya di ruang awam, kenapa tidak sahaja melakukannya di Parlimen dan memaksa Najib berundur? Dengan cara ini, dia akan mengetahui adakah Umno dan Barisan Nasional bersedia untuk mengugurkan Najib, atau tenggelam bersama pemimpin mereka dalam pilihanraya umum akan datang seperti yang dia ramalkan. Jadi mengapa Mahathir tidak bertanding sahaja di Rompin? Mudahnya kerana dia ialah Mahathir Mohamad, presiden Umno selama 22 tahun, dan arkitek pembangunan Malaysia. Seperti kata orang Melayu “Yang diludah tak dijilat kembali”, Mahathir sudah mencapai banyak kejayaan dalam hidupnya, tindakan untuk kembali ke dalam kancah politik dengan langkah ‘kecil’ sebegini mungkin hanya akan menghina kedudukan beliau selaku negarawan unggul. Lagipun, penulis “The Malay Dilemma” dan pejuang orang melayu tidak akan menjadi orang yang menghancurkan dominasi politik yang sekian lama di miliki Umno. Peranan itu, mengikut Mahathir, sudahpun dipegang Najib. - Mike Tan,theantdaily What Should Hishamuddin Do... Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.