Tuesday, April 28, 2015

Ku Li wajar ganti PM, kata bekas orang kanan Najib

Zack Ahmad's photo. Bekas Setiausaha Perdana Menteri, Datuk Mohd Arif Sabri Aziz, berkata ini kerana Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li adalah pemimpin berintegriti dan dihormati ramai. 

Bekas Setiausaha Perdana Menteri, Datuk Mohd Arif Sabri Aziz, berkata ini kerana Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li adalah pemimpin berintegriti dan dihormati ramai.

Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah adalah calon paling berkelayakan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Datuk Seri Najib Razak, kata bekas setiausaha Najib, Datuk Mohd Ariff Sabri Aziz.

Ariff yang kini menjadi ahli Parlimen Raub mewakili DAP mengajukan cadangan itu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ini kerana Tengku Razaleigh juga dikenali sebagai Ku Li adalah pemimpin berintegriti dan dihormati ramai.

"Dr Mahathir kalau dia hendak selamatkan Malaysia, elok cadangkan seorang pemimpin yang dihormati ramai pihak dan ada integriti. 

"Kalau betul hendak selamatkan Malaysia, baik sahaja Dr Mahathir endorse Tengku Razaleigh Hamzah," tulis Ariff yang menggunakan nama pena 'Sakmongkol AK 47' dalam blognya hari ini.

Bekas ahli Umno dan juga bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis itu percaya, Ku Li sebagai perdana menteri akan mendapat sokongan semua pihak.

"Saya rasa Tengku Razaleigh boleh menstrukturkan semula pemerintahan Malaysia ini dengan politik yang inklusif termasuk mendapat komitmen dari parti pembangkang," katanya.

Pandangan sama hari ini turut diutarakan seorang lagi bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim.
Menurutnya, penamaan Ku Li sebagai pengganti Najib akan memperbaiki kualiti institusi awam.

"Saya percaya jika Dr Mahathir mahukan pemimpin Umno yang lebih baik dan bertanggungjawab - dan pada masa sama menamatkan rasuah yang sistemik dan memperbaiki institusi awam – pilihan untuk pengganti tidak lain dan tidak bukan adalah Tengku Razaleigh Hamzah," tulis Zaid dalam blognya.

Pada masa sama, cadangan Ku Li oleh Dr Mahathir juga akan menjadikan jelajah bekas perdana menteri itu "lebih bermakna".

"Orang ramai akan melihat usaha Dr Mahathir sebagai bukan sekadar untuk menggantikan pemandu kereta api dengan orang yang disukainya - tetapi untuk mengganti kereta api itu sendiri - yang lebih sesuai dengan keperluan negara," tulisnya.

Ku Li adalah bekas menteri kewangan yang bertanggungjawab mengasaskan syarikat minyak negara Petronas.

Dr Mahathir dan Ku Li pada tahun 1987 pernah bertanding untuk kerusi presiden Umno dalam pemilihan parti.

Dr Mahathir memenangi pemilihan itu dengan 43 undi sahaja dan Ku Li kemudiannya bertindak keluar Umno dan menubuhkan Semangat 46.

Parti yang ditubuhkan bersama Tan Sri Rais Yatim itu dibubarkan pada tahun 1996 dan Ku Li kembali menyertai Umno.

Dr Mahathir pada Sabtu lalu bertemu orang ramai di Kelab K, Taman Melawati pada acara 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan'.

Acara tersebut dilihat sebagai pemula kepada jelajah seluruh negara beliau bagi menjelaskan pandangannya tentang isu semasa, terutamanya yang dibangkitkannya terhadap pentadbiran Najib. – 27 April,2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.