Saturday, April 4, 2015

JASA jawab tuduhan Dr Mahathir terhadap isu Altantuya

 

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan niat Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan membela pembunuhnya, Koperal Sirul Azhar Umar.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan niat Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan membela pembunuhnya, Koperal Sirul Azhar Umar.

Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), akan mengambil langkah menangkis tuduhan baharu yang dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Tidak senang dengan tindakan Dr Mahathir semalam yang membangkitkan kembali kes yang sudah selesai di mahkamah itu, Pengarah Jasa Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mempersoalkan niat bekas pemimpin utama negara tersebut.

"Kenapa beliau (Dr Mahathir) hendak membangkitkan isu Sirul (Koperal Sirul Azhar Umar) yang sudah diputuskan mahkamah?

"Bagi saya, ini tidak wajar, seolah-olah beliau ingin mengatakan beliau mempunyai bukti baharu. Tetapi pada saya, beliau hanya ingin mengaitkannya dengan perdana menteri," beliau dipetik berkata dalam laman berita Astro Awani hari ini.

Menyedari kesan yang bakal terpalit kepada Datuk Seri Najib Razak, Puad berkata Jasa akan mengambil tugas dan tanggungjawab menangkis persepsi negatif yang timbul daripada kritikan Dr Mahathir.

Katanya, badan propaganda Putrajaya itu tidak akan mengambil langkah bertahan lagi tetapi sebaliknya akan lebih “menyerang” dalam menangkis tuduhan dibuat ke atas Najib itu.

"Kita tahu kenyataan Dr Mahathir dalam blog beliau yang terbaharu ini sudah menjadi viral dan kita anggap ia (pandangan) terlalu negatif. Jadi, Jasa akan berdepan dengan perkara seperti ini dan bukan bersikap defensif, tetapi 'serang' (menerusi media sosial)," katanya.

Dr Mahathir dalam blognya yang popular chedet.cc sekali lagi meneruskan serangan ke atas Najib, membangkitkan peranan Sirul yang juga pegawai khas Najib dalam pembunuhan model itu.

"Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh (dijatuhkan hukuman bunuh) kerana menjalankan arahan," tulis Dr Mahathir.

Kritikan tersebut dilihat serius sehingga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan Umno mengadakan perbincangan tertutup bersama Dr Mahathir bagi membincangkan perkara itu.

Penulis blog Umno juga berdiam diri dalam isu dibangkitkan pemimpin negara yang berpengaruh tersebut.

Kritikan semalam dilihat sebagai paling keras perdana menteri paling lama berkhidmat itu yang membayangkan Umno dan Barisan Nasional bakal hilang kuasa jika masih di bawah pentadbiran Najib dalam pilihan raya umum akan datang. – 3 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.