Sunday, April 5, 2015

IGP kata Sirul terdesak, cabarnya dedahkan semua

Khalid Cabar Sirul Dedah Siapa Bunuh Altantaya  

Ketua Polis Negara (IGP) Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan Sirul Azhar Umar bahawa beliau berbohong mengenai siasatan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya, Khalid menganggap Sirul seorang yang terdesak dan mencabar SIrul yang mendakwa dia diarahkan untuk membunuh Altantuya, mendedahkan semuanya.


Khalid berkata, Sirul bertindak demikian bagi menyelamatkan nyawanya dan untuk tidak dibawa pulang ke Malaysia di mana dia akan menghadapi hukuman mati.

Dalam satu kenyataan malam ini, Khalid berkata Sirul telah cuba untuk mencemar dan menimbulkan keraguan terhadap siasatan kes pembunuhan itu, sistem keadilan jenayah, serta penglibatannya sendiri dalam pembunuhan itu.

Katanya, daripada apa yang telah dikumpulkan, Sirul tidak menawarkan petunjuk baru yang boleh melepaskannya daripada jenayah tersebut.

Oleh itu, kata Khalid, pihaknya mengalu-alukan cabaran Sirul untuk membuat pendedahan sekiranya dia ada apa-apa mengenainya.

Sirul, dalam panggilan telefon dari Sydney dengan Malaysiakini awal pagi ini, menuduh Khalid berbohong selepas ketua polis itu berkata pegawai telah dihantar ke Australia untuk menemubualnya tetapi tiada petunjuk baru ditemui.

Sirul kini berada di sebuah pusat tahanan imigresen di Australia.

Sirul memberitahu Malaysiakinibahawa tidak ada pegawai polis Malaysia yang pernah menemuinya sejak dia melarikan diri dari negara ini.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.