Pengendali Facebook Curi Curi Wang Malaysia
mendakwa majlis resepsi itu telah dianjurkan serba mewah dengan dihiasi
bunga-bunga segar, gaun pengantin yang mahal dan kek perkahwinan
setinggi 2.5 meter.
PETALING JAYA: Gambar-gambar majlis resepsi anak perempuan Datuk Seri
Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di Kazakhstan telah mula
disebarkan di laman sosial.
Satu akaun Facebook yang menggunakan nama “Curi-curi Wang Malaysia’
telah memuat naik lebih 20 keping gambar majlis itu yang diadakan di
Hotel Royal Tulip Almaty pada 18 April lalu.
Pengendali Facebook itu mendakwa majlis resepsi itu telah dianjurkan
serba mewah dengan dihiasi bunga-bunga segar, gaun pengantin yang mahal
dan kek perkahwinan setinggi 2.5 meter.
Pengendali Facebook itu turut berpesan supaya berkongsi gambar-gambar
itu dan tag bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta
meminta maklumat itu disebarkan kepada pengundi di Permatang Pauh dan
Rompin.
Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa kira-kira 300 tetamu telah dibawa ke Kazakhstan bagi menghadiri majlis resepsi itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.