Tuesday, April 21, 2015

Di mana Najib? FMT Reporters

 
najib-kazakh

Perdana Menteri dilaporkan melakukan lawatan ke Kazakhstan tanpa publisiti media negara ini.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada di Kazakhstan dan telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Nursultan Nazarbayev.

Berita mengenai lawatan itu disiarkan agensi berita luar negara itu, kazinform.

Dalam berita yang bertarikh 18 April 2015, Najib bersama rakan sejawatnya mengadakan perbincangan di Almaty.

Ia menyentuh perbincangan dua hala yang mencakupi kerjasama dalam bidang ekonomi, dagangan, pelaburan dan kemanusian.

Bagaimanapun laporan berita berkenaan tidak menyiarkan sama ada beliau diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atau sebaliknya.

Usaha FMT untuk mendapatkan kesahihan berhubung lawatan Perdana Menteri ke negara berkenaan melalui Facebook dan Twitternya gagal kerana tiada sebarang status lawatan ke luar negara yang dikemaskini.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.