Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa sedang mengambil wuduk di surau di Plaza Alam Sentral pada Ahad.
PETALING JAYA: Perbuatan seorang wanita bertudung mencuri beg tangan
di sebuah surau di pusat beli belah di Shah Alam ‘kantoi’ apabila
aksinya itu berjaya di rakam kamera litar tertutup (CCTV).
Wanita yang mengenakan tudung hitam dirakam keluar dari surau di
Plaza Alam Sentral selepas didakwa mencuri beg tangan milik seorang
pengunjung pusat beli belah itu.
Kejadian itu dikatakan berlaku ketika pemilik beg tangan sedang mengambil wuduk.
Wajah wanita itu berjaya dirakam dengan jelas oleh CCTV ketika suspek
menggunakan eskalator dengan membawa beg yang lebih besar dipercayai
untuk menyembunyikan beg tangan yang dicuri itu.
Adik kepada pemilik beg tangan yang dicuri itu, Alif Adnan, telah
memuat naik gambar-gambar yang dirakam CCTV di laman sosial Facebook dan
meminta bantuan orang ramai untuk mengenal pasti dan mengesan suspek.
Tulisnya, kejadian berlaku di surau di tingkat lima Plaza Alam Sentral, Shah Alam, kira-kira jam 7. 17 petang pada Ahad.
Alif berkata, laporan polis telah dibuat di Ibu pejabat Polis Shah
Alam dan meminta bantuan orang ramai menghubungi polis jika mengenali
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.