Berita Mengejutkan Buat Seluruh Ahli PAS.
Sikap
yang ditunjukkan Pemuda PAS Pulau Pinang dan kawasan Permatang Pauh
dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh adalah wajah
baharu parti Islam itu sekiranya kumpulan tertentu dipilih dalam
muktamar Jun nanti, kata Khalid Samad.
"Inilah
wajah baharu PAS dalam konteks hubungan dengan Pakatan Rakyat jika
kumpulan baharu dipilih sebagai Jawatankuasa PAS Pusat dalam muktamar
PAS ke 61 Jun nanti.
"Merekalah yang akan menggantikan wajah-wajah seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof Rawa dan pimpinan lain yang digelar 'Jebon' dan 'Parasit'," kata ahli jawatankuasa PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.
Pemuda Pulau Pinang pimpinan Yusni Mat Piah
dan kawasan Permatang Pauh pimpinan Omar Osman mengambil sikap tidak
memberikan kerjasama kepada PKR dalam menghadapi PRK akan datang,
walaupun PAS Pusat memutuskan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada
calon PKR di situ.
Sokongan kepada PKR untuk memilih calon mereka dinyatakan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Yang Dipertua PAS Permatang
Pauh, Omar Hassan memberi kata dua sehingga hari penamaan calon, 25
April supaya PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu enakmen
jenayah syariah Kelantan.
"Jika bersetuju, kami PAS kawasan Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama PAS-PKR dalam pilihan raya kecil ini.
"Jika mereka masih berkeras
tidak mahu menarik balik kenyataan itu kita tengoklah macam mana nanti,"
katanya kepada pemberita selepas mesyuarat PAS kawasan itu.
Kenyataan dikeluarkan Yusni sebelum ini juga menuntut PKR memohon maaf mengenainya.
Berita Mengejutkan Buat Seluruh Ahli PAS
Pengarah Pilihan raya PAS PRK
Permatang Pauh, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata sokongan kepada calon PKR
dalam PRK ini adalah tanpa syarat.
Bagi Khalid yang juga ahli
Parlimen Shah Alam, apa yang berlaku di Permatang Pauh juga akan berlaku
di peringkat pusat jika "wajah-wajah baharu PAS" ini mengambil alih
parti Islam itu di peringkat pusat.
"Saya yakin inilah sikap yang
akan diambil oleh orang-orang yang selama ini memburuk-burukkan kami
sebagai liberal, Anwarinas dan berwala' pada Pakatan Rakyat (PR) jika
mereka terpilih dalam muktamar PAS nanti sebagai AJK PAS Pusat," kata
Khalid.
“Sikap mereka keras dan tidak
berhemah. Tiada unsur ingin berkawan dan tiada kebijaksanaan berpolitik.
PAS akan kembali bersendirian, terpinggir dari politik arus perdana,”
kata Khalid yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) pada 1987.
Bagi Khalid, sikap ditunjukkan
PAS Permatang Pauh dan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang adalah wajah
"ekstrem" yang mula wujud selepas muktamar pada 2011 lalu.
"Ia tanpa sifat keterbukaan dan menggunakan pendekatan paksa dan ugut," kata Khalid dan menambah, “Ianya PAS Ekstrem”.
Beliau mempersoalkan sama ada pendekatan itu membolehkan PR terus wujud.
"Bolehkah PR survive dengan
dipilihnya PAS Ekstrem? Cakap lain buat lain? Nak PR tetapi asyik gaduh?
Syadid," kata Khalid yang turut menyebutnya melalui Twitter beliau.
Beliau berharap, semua ahli PAS
dapat melihat nasib parti Islam itu nanti dengan apa yang sedang berlaku
di Permatang Pauh sekarang.
"Hala tuju PAS, masa depan PAS. Permatang Pauh sebagai saksinya," kata Khalid.
Sehingga kini, sekurang-kurangnya tiga nama besar PAS dijatuhkan oleh kawasan masing-masing dalam pemilihan kali ini.
Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin
dijatuhkan di Kampar, Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari dijatuhkan di
Alor Gajah dan yang terbaharu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dijatuhkan di Kapar, Selangor sebagai yang dipertua PAS kawasan masing-masing.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.