Beliau berkata ini berikutan usul berkenaan tidak sempat dibentangkan
dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lepas
setelah bersidang selama 20 hari.
"Setiap kali penggal persidangan Parlimen (berakhir), usul (yang tidak
sempat dibentangkan dan dibahaskan) kena dimasukkan (hantar notis) balik
... kena beri notis 14 hari sebelum hendak bentang (sebarang usul).
"Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan
serahkan notis bagi membentangkan usul berkenaan selepas Parlimen
mengeluarkan notis kepada anggota Parlimen untuk persidangan Dewan
Rakyat yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat
Exco kerajaan negeri di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.
Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang sebelum ini telah mengemukakan
notis bagi pembentangan usul berkenaan di Dewan Rakyat pada 18 Mac
lepas yang akan membolehkan beliau membentangkan rang undang-undang
untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi
membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Tuan Guru Haji Hadi Wajib Baca Artikel Ini
Rang undang-undang persendirian itu telah dimasukkan sebagai perkara
terakhir (No.24) untuk dikemukakan kepada mesyuarat pada 7 April lepas
namun tidak sempat dibentang untuk perbahasan sehingga Dewan Rakyat
ditangguhkan pada 9 April.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac selepas disokong oleh 44 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk 12 ADUN BN.
Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata PAS akan
mengadakan perbincangan dengan menteri bertanggungjawab yang akan
bertindak sebagai pencadang dan usul berkenaan juga perlu mendapat
sokongan 15 anggota Dewan Rakyat sebelum boleh dibahas.
"Apa-apa pun mesti ada persetujuan daripada kerajaan, tak boleh lari.
Bukan isu hudud (rang undang-undang persendirian) sahaja, malah isu-isu
lain juga," katanya.
Mengulas kenyataan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang enggan mengadakan sebarang mesyuarat dengan PAS selepas berakhirnya pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dijadual 7 Mei ini, anggota Jawatankuasa (AJK) PAS pusat itu berkata tindakan tersebut hanya merugikan pakatan pembangkang.
"Kalau pakatan pembangkang tak ada hubungan jadi yang rugi semua parti
bukan PAS sahaja, DAP pun rugi, PKR pun rugi, jangan ingat PAS sahaja
yang terjejas.
"Tidak timbul isu PAS keluar daripada pakatan pembangkang... benda itu
jelas. Muktamar masih lagi berpegang kami (PAS) masih lagi (dalam)
pakatan pembangkang. Soal orang nak bekerjasama itu adalah soal lain,
tapi kami masih lagi dalam pakatan pembangkang," tegas Mohd Amar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.