Monday, April 20, 2015

Badan bebas selepas Najib turun - FMT Reporters

Menurut Datuk Husam Musa sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan sebagai Perdana Menteri, satu badan ombudsman atau hisbah tertinggi negara diperlukan sebagai jaminan supaya kesilapan sama tidak berulang. 

husam-mahathir

PETALING JAYA:Datuk Husam Musa mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi pertama satu badan ombudsman atau hisbah tertinggi negara untuk membanteras salah guna kuasa yang dilakukan pihak kerajaan.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas itu berkata, sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan sebagai Perdana Menteri, mekanisma itu diperlukan sebagai jaminan supaya kesilapan sama tidak berulang.

Atas natijah itu, Husam berpandangan Dr Mahathir perlu maju setapak dengan memperkenalkan pendekatan itu tidak kira siapa yang meneraju sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).

“Jika kita izinkan ia berlalu tanpa ditegur, satu demi satu penyelewengan sepertinya akan berulang.

“Bukankah itu satu kemungkaran? Sesiapa yang melihat kemungkaran, ia wajib membetulkan nya.
“Jika kita tidak berupaya membetulkan nya dan Tun M berani membetulkan nya, atas apa jua motifnya – paling tidak kemungkaran itu dapat dihentikan.

“Atas dasar itu, kenapa tidak kita membantu Tun M dalam isu ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.