Thursday, April 23, 2015

Ahli Pas tolak calon pro PR - FMT Reporters

Tuan-Ibrahim_hadi-awang_600_1

Sebahagian besar calon kumpulan ulamak mendominasi pencalonan untuk jawatan tertinggi parti bagi Pemilihan Pas Pusat sesi 2015-2017.

PETALING JAYA: Kumpulan ulamak dalam Pas terus mendominasi pencalonan bagi Pemilihan Pas Pusat sesi 2015-2017.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 73 pencalonan untuk mengekalkan jawatan Presiden parti, setakat 19 April lalu.

Manakala pencabarnya, Datuk Husam Musa, dari kumpulan liberal yang didakwa lebih pro Pakatan Rakyat hanya memperoleh tujuh pencalonan.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man jauh meninggalkan penyandangnya, Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang, menerima 66 pencalonan manakala Mat Sabu, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang hanya menerima sembilan pencalonan.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, lima daripada enam calon yang mendapat undi tertinggi adalah merupakan penyokong kumpulan ulamak Pas.

Ustaz Idris Ahmad mendahului dengan mendapat 48 pencalonan, Salahuddin Ayob (28), Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (27), Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan Tantawi (23) dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abd Samad (15).

Satu-satunya calon yang dilabel kumpulan liberal Pas, Datuk Mahfuz Omar, memperoleh 24 pencalonan.

Pergolakan dalam Pas telah melahirkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang didakwa oleh parti untuk menggantikan Pas dalam PR.

“Saya melihat tidak mustahil PasMa akan menjadi pintu laluan ke arah penubuhan parti baru atau serpihan Pas yang bakal dianggotai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas sebagaimana sejarah telah merakamkan penubuhan Hamim dan Berjasa,” kata Nasruddin Tantawi seperti yang disiarkan FMT pada September 2014.

Pemilihan Pas Pusat bagi sesi 2015-2017 akan diadakan sempena Muktamar Tahunan Pas pada Jun ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.