Wednesday, April 1, 2015

Ahli Parlimen Pakatan gagal jumpa Anwar OLEH YASMIN RAMLAN

Beberapa ahli Parlimen tidak dibenarkan berjumpa dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mukhris Hazim, 31 Mac, 2015.

Beberapa ahli Parlimen tidak dibenarkan berjumpa dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh hari ini

Beberapa ahli Parlimen tidak dibenarkan berjumpa dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh hari ini.

Hasrat tiga wakil Pakatan Rakyat (PR) berjumpa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh hari ini tidak kesampaian.

Ketibaan mereka – Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him – di penjara itu hanya untuk diberitahu yang undang-undang hanya membenarkan peguam dan keluarganya sahaja bertemu Anwar.

Menurut Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin, perjumpaan yang dirancang tersebut bertujuan membincangkan perkara berkaitan urusan Dewan Rakyat seperti isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan rang undang-undang Parlimen.

"Memang tidak puas hati kerana kalau boleh nak jumpa secara fizikal... banyak benda yang nak ditanya.

"Namun dia (pengarah penjara) menceritakan kepada kami keadaan beliau dari A sampai Z," kata Tze Tzin.

Johari, Hanipa dan Tong Him sebelum itu bertemu pengarah penjara dan diberitahu mereka tidak dibenarkan bertemu Anwar.

Pada masa sama, Hanipa mendakwa Anwar sentiasa diawasi kamera litar tertutup (CCTV) semasa di dalam penjara yang disifatkannya di luar batasan kemanusiaan.

Katanya, beliau berpeluang menemui Anwar minggu lepas atas kapasitinya sebagai peguam.

Hanipa berkata, beliau juga menulis kepada setiausaha Dewan Rakyat memohon menghantar dokumen-dokumen dari Parlimen ke penjara untuk Anwar.

"Beliau layak dapat semua dokumen yang dihantar kepadanya. Tetapi sampai sekarang, sesi Parlimen hampir habis, tetapi ia masih belum diterima," katanya sambil menambah beliau akan membangkitkan perkara itu sekali lagi dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sidang dewan sekarang berakhir 9 April ini.

Beliau juga berkata, mereka menerima baik penjelasan pengarah penjara berhubung permintaan supaya Anwar dikurangkan halangan dan diberikan kebebasan membaca pelbagai buku.

Sementara itu, Johari memberitahu pemberita, beliau akan tetap mengusulkan supaya Anwar dibenarkan hadir ke Parlimen.

"Beliau (Anwar) kini berada di klinik mendapatkan rawatan dan memerlukan katil khas bagi membetulkan tulang belakang," katanya yang memberitahu Anwar mendapatkan khidmat doktor pakar ekoran sakit tulang belakangnya itu.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan yang mensabitkannya bersalah pada 10 Februari kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.