Wednesday, March 4, 2015

Selepas Bayar 84 Juta Kepada Media Luar Untuk Bina Reputasi, Apa Hasil YG Najib Dapat?


 Masih ingat lagi? Pada tahun 2012 - 2013 kecoh tentang satu pendedahan bahawa Putrajaya membayar sehingga 84 juta ringgit Malaysia banyaknya kepada salah satu syarikat media yang berpengkalan di UK bagi membentuk imej dan persepsi yang positif untuk Najib Razak.

Masih ingat?

Namun imej yang positif itu tidak bertahan lama. Bermula dari tahun itu juga hingga la kemuncaknya pada tahun 2014, ketika MH370 dilaporkan hilang dan berakhir di lautan Hindi, imej Najib dan Malaysia itu sendiri merundum dan dikritik oleh pelbagai pihak dalam dan luar negara.

Pendedahan tentang pembayaran 84 juta ringgit itu korang semua boleh baca kat sini. Ia adalah artikel lama tetapi tolong la baca sampai habis bagi yang tak pernah baca langsung artikel berkenaan. 


Di akhir-akhir artikel ada ditunjukkan bagaimana individu yang berperanan membentuk imej Najib bagi membina persepsi baik adalah seseorang yang anti Islam dan pro Israel. 

Sekalipun Najib kau perlu bertahan dan perlu mendapatkan feedback yang positif bagi negara, kenapa pula dia perlu bekerjasama dengan orang sebegitu. Dan apakah bayaran 84 juta itu adalah bayaran yang berbaloi? 

Ketika isu ini mula kecoh, bloggers UMNO ada yang counter attack dengan mengaitkan bahawa tindakan Najib itu betul merujuk kepada keadaan. Bahkan Anwar Ibrahim dipersalahkan. Kata mereka. 

Anwar pusing 1 dunia. Burukkan Malaysia. Cemarkan nama baik negara. Cemarkan nama baik kerajaan dan pentadbiran Barisan Nasional. Kesannya reputasi Malaysia jatuh. Pelabur malas nak masuk melabur. 

Ia tak baik untuk ekonomi negara. Itu alasan mereka la. Entah betul entah tidak aku pun tatau. Tapi apa yang aku tahu sekarang neh pun ekonomi Malaysia sendiri berada di landasan bermasalah.

Bayar 84 juta ringgit bayar kat orang luar. Bukan pada warga sendiri pula tue. 84 juta ringgit tue kita boleh anggap sebagai pelaburan la kan.

84 juta ringgit satu amount yang besar.

Tapi Mahathir dan pembangkang tak perlu guna amount yang sama untuk jatuhkan Najib pun. Tanpa 84 juta ringgit. Najib sendiri bergoyang dan bersilat dalam menjawab isu 1MDB. Bukan hanya serangan dari pembangkang, bahkan Mahathir sendiri mempersoalkan perkara yang sama secara terang-terangan dan terbuka menerusi pelbagai saluran media dan blog milik Mahathir sendiri.

Nampak tak?

Alangkah bagus jika 84 juta ringgit itu Najib gunakan untuk bangunkan sistem pendidikan negara. Bila rakyat sendiri memuji pentadbiran Najib, maka orang luar sendiri akan turut memuji.

Promosi yang baik tidak perlu menggunakan wang ringgit pun.

Kita hanya perlu menjadi perdana menteri yang baik. Kerana bila kita baik maka orang nampak. Bila orang nampak, orang akan bercakap. Itulah promosi yang Najib patut cari.

Cuba tengok sekolah-sekolah di Malaysia.


Yang belajar di bawah matahari pun ada.
Yang belajar dalam sekolah kayu pun ada.
Yang belajar tanpa prasarana yang sepatutnya pun ada.
Yang belajar tanpa peruntukan yang cukup pun ada.
RMT pun macam celaka.

 
Sanggup berkira dengan rakyat sendiri.
84 juta campak begitu sahaja pada orang luar.
Apa semua neh?

Apa hasil yang Najib dapat selepas 84 juta dibayar kepada media yang berperanan membina reputasi Najib di luar negara?

Pelaburan luar masuk mencanak-canak?
Ekonomi negara makin berkembang?
Rakyat semakin kaya?
Pendapatan rakyat semakin meningkat?
Negara semakin maju?
Kita berjaya basmi kemiskinan?
Kadar literasi 100%?
Semua mampu belajar tanpa berhutang?
Semua rakyat mampu beli rumah?


Apa? Selepas hampir 2 tahun berlalu, aku harap Najib boleh kemukakan hasilnya. Apa yang dia, rakyat Malaysia dan negara ini sendiri perolehi selepas membayar 84 juta kepada agensi media luar negara bagi membina imej positif Najib. Aku nak tahu. 


Facts dan figures. Aku berhak tahu kerana 84 juta itu bukan duit Najib pun. Apa salahnya bentangkan hasilnya kepada rakyat untuk kita sama-sama kaji patut atau tak patut bayaran tersebut berlaku. Betul tak?

Kbai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.