Wednesday, March 4, 2015

PARLIMEN - ANWAR BERHAK UNTUK HADIR

 

Anwar ( DSAI ) masih lagi ahli parlimen Permatang Pauh,  petisyen mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bagi memohon pengampunan diraja dari Yang di-Pertuan Agong dari Isteri beliau DSWA telah membuatkan ramai terkejut. 
 
Mengikut hal 44(4) c perlembagaan Persekutuan, tindakan DSWA itu telah menyelamatkan DSAI dari dilucutkan sebagai Ahli Perlimen dan masih sah sebagai Anggota parlimen dan masih mejawatan sebagai Ketua Pembangkang. 
 
Hanya Perkara 52 dari perlembangaan Malaysia sahaja yang boleh mengistiharkan kekosongan kerusi tersebut.

Masih menjadi tanda tanya sama ada Anwar akan dibenar hadir pada pembukaan penggal Parlimen akan datang yang dijadual bermula 9 Mac ini walaupun permintaan untuknya telah di majukan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Namun, ramai yang berpendapat Anwar wajib dibenarkan hadir.
Dan ada lima sebab mengapa DSAI PERLU hadir ke Parlimen pada 9 Mac ini.

1) Anwar seorang wakil rakyat sah yang dipilih rakyat.
Dalam pilihan raya umum ke 13 lepas, Anwar menang besar dengan meraih 37,090 undi menewaskan pencabar terdekatnya dari BN dengan majoriti 11,721 undi. Pengundi Permatang Pauh telah membuat pilihan yang jelas bagi mendapatkan khidmat Anwar sebagai wakil mereka di Parlimen.
Dan adalah sangat tidak wajar jika hak pengundi-pengundi ini dinafikan. Sekalipun Anwar mesti dihukum, hukuman itu harus berhenti setakat Anwar dan tidak harus membabitkan pengundi yang tidak bersalah.
Biarpun beliau kini seorang banduan, Anwar masih seorang Ahli Parlimen.
Justeru, setidak-tidaknya benarkanlah beliau hadir ke Parlimen untuk menjalankan tanggungjawabnya dan selepas beliau boleh dihantar semula kepenjara.
2) Tiada pengumuman kekosongan
Tiada pengumuman kekosongan dibuat mengenai kerusi Permatang Pauh mengikut Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan kerana Anwar tidak hilang kelayakkan sebagai Ahli Parlimen.
Secara tidak langsung, ini mengesahkan Anwar masih ahli parlimen dan oleh itu berhak hadir semasa parlimen bersidang.
3) Anwar perlu jalan tugas ketua pembangkang
Anwar bukan sahaja seorang ahli parlimen, dia juga adalah Ketua Pembangkang, satu jawatan yang diiktiraf sebagai sebahagian dari struktur parlimen yang berasaskan sistem Westminster yang diamalkan di Malaysia.
Ketua Pembangkang berperanan dalam menentukan semak dan imbang dan sebagai simbol kepada amalan demokrasi berparlimen. Jadi, menyekat Anwar dari hadir samalah seperti mencacatkan struktur parlimen.
4) Tiada peruntukkan yang menidakkan
Sementara menunggu keputusan dari Lembaga Pengampunan, kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen adalah tidak terjejas.
Justeru, berdasarkan keadaan ini dan tiadanya peruntukkan undang-undang yang melarang, tiada sebab mengapa Anwar harus disekat dari menghadiri sidang Parlimen.
KDN harus menimbang perkara ini dengan adil dan saksama kerana ini satu peluang untuk membuktikan bahawa setidak-tidaknya dalam kes Anwar, kerajaan bertindak secara professional dan mengikut prosedur tanpa mengira latarbelakang politik.
Lantaran itu, KDN boleh meminta ketua pengarah penjara untuk menggunapakai Seksyen 31(1)a Akta Penjara 1995, untuk memberi pelepasan kepada Anwar hadir ke Parlimen.
Jika menteri dalam negeri serius dalam hal ini dan tidak ada halangan untuk Anwar hadir, hal ini sudah tentu dapat diuruskan dengan pantas.
5) Kerana kemahuan rakyat

Biarpun telah dikenakan hukuman penjara, Anwar masih punya sokongan dan pengikut yang ramai di merata-rata termasuk dari pemimpin dan kerajaan asing.

Tidak kurang juga yang merasa simpati dengan apa yang dialaminya dan mengharapkan Anwar segera dibebaskan.
 
Rakyat masih mahukan Anwar. Jadi berilah peluang baginya untuk menjalankan tanggungjawabnya kerana kita tidak akan rugi apa-apa dengan membenarkannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.