Saturday, March 7, 2015

MH370: Isteri yakin suami masih hidup

 
Sudah hampir setahun sejak kehilangan pesawat malang MH370, namun Kelly Wen percaya suaminya masih hidup.
 
Berada di Kuala Lumpur bersama 17 yang lain untuk menuntut jawapan dari para pegawai Malaysia, Wen mahu suaminya tahu bahawa dia tidak pernah berputus asa.
 
"Saya mahu dia tahu, saya tidak berputus asa. Saya masih berjuang untuknya," kata Wen (kanan).
 
Bagi keluarga 152 penumpang China, mereka tidak dapat menerima pengumuman Malaysia bahawa 239 penumpang dan anak kapal yang hilang pada 8 Mac 2014 dianggap sudah meninggal dunia.
 
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia menggunakan dua klausa dalam Konvensyen Chicago untuk membuat pengumuman tersebut.
 
Tetapi Wen (kanan) berkata DCA dengan mudah mengabaikan bahawa konvensyen itu berkata pengumuman seumpama itu hanya boleh dibuat selepas siasatan berakhir
 
Katanya, pasukan pencari Australia berkata hanya 30 peratus daripada kawasan terbabit telah diliputi.
 
Dengan air membasahi pipinya, wanita muda itu berkata ahli keluarga hanya akan menerima berita buruk itu apabila selesai keseluruhan carian dan penyiasatan.
 
 
Malaysiakini
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.