Tuesday, March 3, 2015
Ibu Sirul Akur Dengan Penguatkuasa Lapangan Terbang Australia.
Hanya sambal ikan bilis ibu dibenarkan untuk Sirul Rendang limpa tidak dibenarkan dibawa keluar dari lapangan terbang
PETALING JAYA: Ibu kepada Sirul Azhar Umar, Piah Samad, 74, terpaksa akur dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Australia iaitu tidak membenarkan rendang limpa dibawa keluar dari lapangan terbang, lapor Harakah daily. sirul mum
Walaubagaimanapun, sambal ikan bilis yang dibawanya pula dibenarkan dibawa masuk ke negara yang terkenal dengan haiwan Kanggaru itu.
“Tak mengapa tak dapat bawa keluarpun, Sirul memang suka rendang limpa. Kita akan masak yang lain, saya gembira dapat bagi sambal bilis pada Sirul,” katanya memetik apa yang dikatakan oleh salah seroang ahli ‘See For (C4) Yourself’ melalui aplikasi Whatsapp kepada Harakah Daily.
Dia yang tiba di Sydney pada jam 11.30 pagi waktu tempatan pada 2 Mac (semalam) terus diserbu oleh media di negara tersebut. Piah turut menyatakan bahawa anaknya yang juga bekas anggota polis dari Unit Tindak Khas (UTK) itu merupakan seorang anak yang baik.
“Sirul ni budak baik, kerja dia jaga menteri. Semua tempat dia pergi, dia tidak ada cerita apa-apa pun dekat makcik sehinggalah dia ditangkap.
Cuma sebelum dia ditangkap, dia ada balik kampung dan ziarah saudara-mara minta maaf,” ujarnya.
Pada hari Ahad lalu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar telah mengetuai rombongan ‘misi kemanusiaan’ ke Australia dengan membawa adik Sirul Azhar, Noriatin Umar dan peguam.
Kumpulan tujuh orang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH123 untuk melawat Sirul yang ditahan di pusat tahanan imigresen di Brisbane. Rombongan berkenaan dijangka pulang pada 7 Mac.
Sirul Azhar meninggalkan Malaysia ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan mendapatinya dan seorang lagi tertuduh Azilah Hadri, bersalah kerana membunuh wanita warga Mongolia, Altantuyaa Shaarriibuu.
Pada 28 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Sirul Azhar dan Azilah dengan membebaskan mereka daripada tuduhan tersebut.
Namun, pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan kedua-duanya dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka. Hukuman itu membawa kepada waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Sirul
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.